Thursday, June 25, 2009

NIZAR 'JEBAT DERHAKA' BILA MEMBELA KERAJAAN PR PERAK?

MENGAPA NIZAR DISALAHKAN BILA MEMBELA KERAJAAN PR PERAK?

Bahagian 2

Persoalan ketiga, Mengapa Nizar disalahkan bila membela Kerajaan PR Perak?
Memahami persoalan ini bermakna akan membawa kita kesimpulan kepada susurgalur pemahaman dan matlamat perjuangan pendokong UG dan juga memberi kita kesimpulan kemana konflik politik buruk ini akhirnya..

Bila Nizar menghadiri sidang parlimen pertamanya untuk mengangkat sumpah sebagai MP, beliau hadir dengan gimik untuk menghidup kembali jiwa penentangan terhadap kerajaan haram negeri Perak yang telah luntur akibat isu UG. Beliau terpaksa berjuang bersendirian mewakili Pas cuba mendapat simpati dan sokongan moral untuk membela kebenaran, sebaliknya beliau diejek dan dicemuh oleh pimpinan Pas (UG) sendiri.

Timbalan presiden Pas sendiri melalui akhbar telah memberi respon yang amat negatif kepada tindakan Nizar, beliau menegaskan tindakan Nizar tanpa restu Pas dan bukan tindakan mewakili pendirian Pas. Umum melihat beliau secara peribadi bereaksi seolah-olah risau dan marah, apakah beliau risau Umno akan terguris dengan tindakan Nizar?
Melihat Nizar dari pandangan pemimpin UG, kita akan melihat juvenil atau anak-anak nakal dari sekolah Henry Gurney. Nizar pada mereka hanyalah pemimpin yang tewas, tidak layak dihormati kerana memimpin kerajaan PR Perak yang tewas, maka tindakan Nizar di parlimen dianggap buruk dan melampau, melebihi buruk dan melampaunya rakan Umno mereka yang mengheret dan menghumbang speaker dewan rakyat Perak kedalam setor umpama seekor anjing. Jadi, dari rentetan peristiwa dan kenyataan akhbar menunjukkan mereka cuak dan menolak Nizar.

Mengapa benci atau cuak pada Nizar? Adakah kerana beliau pemimpin yang lemah kerana membiarkan kerajaan Perak dirampas Umno? Kalau demikian, mereka harus membenci Umno lebih dari membenci Nizar, tetapi mengapa pula mereka lunak dan bersahabat dengan Umno? Adakah membenci kerana Nizar yang tidak dikenali tiba-tiba menjadi pemimpin baik pujaan rakyat, sesuatu yang tidak mudah dicapai oleh pimpinan Pas senior? Atau adakah kerana Nizar pemimpin degil dan tidak mudah berputus asa, tidak jemu-jemu menentang kerajaan haram negeri Perak dan Umno?

Pada suatu ketika, bila Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau sokong Anwar Ibrahim kerana mendapati Anwar seorang pemimpin yang baik, jadi bolihlah kita andaikan bahawa Tuan Guru Nik Aziz mengiktirafkan pemimpin baik dan berkebolihan walaupun tidak berlatarkan pendidikan agama. Didalam Pas ramai pemimpin jenis ini, walaupun mereka ini tidak menonjol didalam parti, tetapi mereka ini amat menonjol dikalangan rakyat. Maka, Nizar adalah contoh kepimpinan jenis ini yang begitu menonjol bakat kepimpinannya dan telah diuji dengan tragedi Perak dimana rakyat telah menilai kualiti dan keikhlasannya sebagai pemimpin rakyat.

Pemimpin-pemimpin jenis Nizar ini, didalam Pas melalui jalan payah untuk diangkat sebagai pemimpin. Mereka tidak bergantung kepada wala’ atau menumpang kepada mana-mana jubah pemimpin ulama, survival mereka dalam Pas bergantung sepenuhnya kepada bakat, ilmu, kebolehan memimpin dan kerja kuat. Mereka ini pemimpin yang mudah didekati dan mudah mendekati rakyat.
Ada tiga jenis atau peringkat pemimpin yang amat diharap oleh rakyat semua kaum..
Pertama, pemimpin yang boleh ditaat, merujuk khusus kepada pemimpin agama yang secara luhurnya semua rakyat percaya merekalah penjaga kebenaran. Mereka ditaati kerana kebenaran ilmu dan amalannya. Mungkin di negara kita nisbah pemimpin jenis ini hanyalah satu dari sepuluh juta dan bagi penyokong Pakatan Rakyat ikon kepimpinan jenis ini adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, satu penghormatan untuk Pas dari rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dihormati PR bukan kerana dia Mursyidul Am Pas, tetapi kerana sifat beliau sebagai ulama’ yang memerintah negeri Kelantan dengan adil dan saksama. Tuan Guru Nik Aziz menjadikan dirinya, ilmu dan pemerintahannya, keluarga dan kehidupannya sebagai teladan hidup dari pemimpin agama. Saya pasti sesiapa pun yang kenal dan pernah berjumpa dengannya pasti yakin dan percaya akan eloknya sifat beliau sebagai pemimpin kerajaan dan sebagai ulama pemimpin agama.

Kedua, rakyat mengharap kepada tokoh pemimpin hebat, yang penuh visi dan wawasan, teruji, teguh dan penuh semangat juang, mempunyai kehidupan keluarga yang baik dan mempunyai pegangan agama yang baik. Pemimpin ini diharap dapat memberi kehidupan yang makmur, aman dan tenteram oleh rakyat. Maka, didalam Pakatan Rakyat harapan ini diserahkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim ikon perjuangan rakyat.

Ketiga, rakyat berharap kepada pemimpin-pemimpin baik, yang berilmu dan bekerja. Didalam Pas, Nizar dan pemimpin-pemimpin baik lain mewakili kepimpinan jenis ini, yang bukan sahaja diterima majoriti pengundi Pas, tetapi juga diterima oleh rakan PR.
Jadi, dimana pula kedudukannya pemimpin jenis wala’ dan pendokong UG pada rakyat khususnya pada para penyokong PR? Jawapannya tiada!

Didalam PR tiada bukti menunjukkan wujudnya budaya wala’ dan menumpang, pemimpin didalam PR diangkat berdasarkan merit kebolehan memimpin, kerja kuat dan sumbangan kepada rakyat dan parti. Kalau diukur berdasarkan meritokrasi ini, barisan pemimpin wala’ Pas akan beransur-ansur hilang dan lenyap tanpa rakyat sedari.

Kalau kita sorot sejarah puluhan tahun pimpinan Pas wala’ ini kita akan dapati mereka mendominasi parti atas dasar senioriti dan wala’ kepada pemimpin ulama. Walaupun mereka menguasai parti dan menghias diri dengan jubah ulama dan bercakap agama, tetapi kerja atau amalan mereka tidak sampai ketahap memanafaat rakyat. Dakwah dan tarbiyah hanya sesama mereka untuk memperkuatkan wala’, tidak sampai kepada rakyat. Hasil dan buktinya, setelah puluhan tahun Pas kalah di Terengganu darul Iman yang 95% rakyatnya melayu islam yang mungkin beriman seperti negerinya yang beriman.

Soalnya, mengapa kalah dinegeri sendiri? Mengapa rakyat menolak dakwah Pas? Rakyat menolak dakwah atau menolak pemimpin bankrup jiwa kepimpinan? Jadi, apa peluang mereka menang pilihan raya dengan Pas? Dengan PR? Bagaimana pula peluang mereka menang pilihanraya dengan pakatan Umno?

Kelompok kepimpinan Pas pro UG, sebagai sebuah pasukan yang kebanyakan ahlinya telah ditolak dalam PRU, tidak banyak pilihan yang ada walaupun bersama PR. Apakah jaminan mereka bolih menang pilihanraya bersama PR, apa guna PR menang PRU kalau mereka tidak menang? Kalau tidak menang, dimana pula tempat mereka dalam barisan pimpinan kerajaan PR? Berapa lama boleh sabar, senyum dan tengok?

Politik negeri Terengganu memang unik dan pelek! Disana kita bolih kira dan congak pakai jari siapa Pas dan siapa Umno. Malah, dua tiga hari sebelum PRU kita dah tahu siapa menang dan siapa kalah. Pilihanraya kecil di Terengganu tidak bolih jadi ukuran, Dato’ Mustafa Ali amat arif fasal congak ini walaupun kadangkala laporannya melelong bagi Tuan ketua senang hati. Sebagai orang Terengganu beliau faham peluang Pas dalam PRU nanti, kalau nak menang mungkin kena tunggu 10 atau 15 tahun lagi bila budak-budak sekolah sekarang sudah layak mengundi!

Apa untungnya PR kepada Pas Terengganu? Soalan inilah geng wala’ ratib hari-hari. Kalau ikut sifir dan congak geng wala’ memang tiada untungnya, PR di Terengganu tidak sama seperti PR di Selangor dan Perak. Berapa ramai sangat pengundi Cina dan India PR di Terengganu, jadi macammana DAP nak bantu menangkan Pas Terengganu? Pengaruh PKR dan Anwar era reformasi pula tinggal saki baki, susah nak ramal PKR Terengganu kecuali kalau sudah dekat-dekat hari mengundi. Jadi, kita harus faham mengapa Pas kem Terengganu tidak galak menyokong PR, cuma ada dua pilihan bagi Pas Terengganu…

Pertama, berunding dengan Umno! Jika ikut congak, pengundi wala’ Pas campur Umno bermakna semua pemimpin pro muqabalah akan menang pilhanraya. Sebagai jaminan bolih dirunding koata pembahagian kawasan selamat dalam pilihanraya, orang Pas dalam pakatan Umno dari segi rupa dan gaya memang lebih baik dari orang Umno, memang mudah hendak menang pilihanraya. Tetapi berunding dengan Umno perlu modal, alang-alang berunding hendak masuk, hendak berpakat biar bergaya. Jadi kena jual idea, sebab, rasional, justifikasi dan sebagainya. Hasilnya muqabalah, agenda melayu, dakwah Umno dan kerajaan perpaduan versi Terengganu!

Kedua, terus kekal bersama PR! Pilihan ini bermakna pimpinan Pas kem Terengganu atau pro-UG akan terus memperkukuhkan budaya wala’ dan secara beransur-ansur pemimpin baik seperti Nizar dan rakan-rakan akan diketepikan. Koata kawasan selamat pilihanraya pula akan dirundingkan bersama pemimpin-pemimpin PR, membolehkan pemimpin pro-UG menang pilihan raya! Kerja dakwah Umno pula dalam gelap jalan, dalam terang pun jalan. Seperti orang-orang Kelantan di sempadan Siam. Ada dua bahasa dan ada dua pengenalan diri, hari ini di Pekan Golok besok di Kota Bahru, sidang pagi bersama PR sidang petang bersama Umno.

Natijahnya, apa pula pilihan bagi penentang UG? Anjurkan Pas pro UG menyertai kem Umno secepatnya supaya jemaah mempunyai cukup masa untuk bersedia menghadapi PRU 13 bersama PR? Atau terus bersama, meneka dan meneka apa bala hendak tiba? Akhirnya Pas dengan Pas berlaga bagai lembu sekandang, mamak mandeliar menjaja UG untung emas berpeti-peti. Penyokong pula, yang kalah kena sorak, yang menang pun kena sorak… negeri tergadai! Begitulah penyudah akhirnya.

sam raspiut
Read more!

Wednesday, June 24, 2009

MENGAPA NIZAR DISALAHKAN BILA MEMBELA KERAJAAN PR PERAK?

Bahagian 1

Mengapa Nizar? Mengapa Nizar disalahkan bila membela Kerajaan PR Negeri Perak? Sebelum dan selepas kejatuhan kerajaan PR Perak kepimpinan Pas dilihat tidak galak bersama Nizar. Sekarang Nizar seolah-olah dihukum salah dan dia yang terpaksa membayar segala dosa-dosa Umno yang merampas kerajaan Perak dengan cara yang cukup jijik sehingga merosakkan segala kepercayaan rakyat kepada undang-undang dan keluhuran perlembagaan?

Sekurang-kurangnya ada tiga persoalan besar yang mengiringi kejatuhan kerajaan Perak yang mempunyai kaitan rapat dengan idea penubuhan Kerajaan Perpaduan, bahkan idea Kerajaan Perpaduan itu sendiri mungkin hanyalah cover-up story untuk menutup rahsia tersembunyi disebalik usaha terdesak Umno menjatuhkan kerajaan Rakyat Negeri Perak.

Persoalan pertama, mengapa Najib yang amat terkenal dengan sikap berhati-hati dan dilihat sebagai mengamal ‘politik selamat’ tiba-tiba menerjah dengan tindakan rampasan kuasa yang amat tidak popular itu? Najib bukanlah ahli politik yang terlalu bodoh untuk merosakkan reputasi beliau diambang peralihan kuasa, bahkan juga bukan seorang ahli politik yang terlalu berani untuk menjadikan usaha rampasan kuasa itu sebagai medal pertama merayakan perginya Tun Abdullah yang dipaksa bersara.

Secara logiknya Najib tidak akan mengambil risiko yang boleh menjejaskan reputasi dan peluangnya sebagai Perdana Menteri yang baru, kecuali peristiwa rampasan kuasa itu hanyalah sebahagian dari ‘skim yang lebih besar’ yang pengaruhnya melebihi kedudukan Tun Abdullah selaku PM luput tarikh pada ketika itu. Jadi, siapakah dalang perancang skim ini bila Najib sendiri dilihat bukan ahli strategis politik yang luarbiasa?

Najib sebagai TPM pada ketika itu dibayangi oleh berbagai masaalah yang bersifat internasional khususnya skandal Altantuya, tidak mungkin membahayakan peluangnya mengambil alih jawatan Tun Abdullah hanya kerana kerajaan minoriti Perak. Umno/BN walaupun agak lemah dan dihantui mimpi ngeri September 16, tidak akan pulih hanya dengan merampas kerajaan Perak, malah lebih memburukkan lagi kepercayaan Rakyat terhadap kerajaan UBN yang membusuk dan bernanah.

Mungkin juga merampas Perak hanya untuk menunjukkan betapa ganas dan berkuasanya mereka mempergunakan jentera kerajaan, undang-undang dan institusi raja sebagai alat menewaskan penentang UBN khususnya agenda September 16 atau apa-apa bulan yang ditaja oleh Anwar Ibrahim. Tetapi mengapa Perak?. Kalaulah sebagai medan menunjuk kekuasaan mutlak, maka kerajaan yang seharusnya dirampas ialah kerajaan Selangor atau Kelantan barulah lebih besar kesannya untuk ditakuti dan ditaati oleh rakyat.

Persoalan kedua, apakah keistimewa kerajaan minoriti Perak? Apa keistimewaan yang tersembunyi disebalik kerajaan yang rapuh dan lemah ini sehingga menjadi bahagian penting ‘skim yang lebih besar’ pada mereka yang merancangnya.

Untuk menilai keistimewaan dan keunikan kerajaan minoriti Perak, kita harus menilai dan memahaminya dari sudut kelemahan itu sendiri. Kelemahan kerajaan Perak adalah kekuatan dan kelebihan kepada PR. Banyak pihak menjangkakan pergeseran berlaku sewaktu penubuhan kerajaan PR. Bila DAP akur dan menyokong pilihan istana untuk melantik Nizar sebagai Menteri Besar bermakna permuafakatan dan perpaduan didalam PR adalah jelas dan jitu, DAP menerima Pas disebalik pendirian keras sebelumnya. Bermakna DAP juga telah mula menerima perjuangan islam Pas. Disebalik momokan parti anti islam, DAP telah menjadi tulang belakang kepada kerajaan Nizar.(?)

Kerajaan Rakyat Negeri Perak agak unik dan rumit, dibentuk dengan majoriti ADUN bukan bumiputra. Pas yang ADUNnya paling sedikit pula diberi kepercayaan mengetuai kerajaan, meninggalkan UBN sebagai pembankang yang majoritinya adalah bumiputra melayu. Kerajaan ini adalah contoh terbaik Kerajaan Perpaduan yang ditegakkan dari hasil permuafakatan dan persefahaman yang sungguh baik diantara ahli PR. Malah, potensi kerajaan Perak untuk menjadi model Sahifah Madinah juga dikatakan lebih baik dari kerajaan Kelantan yang majoriti rakyatnya adalah melayu Islam.

Ketokohan dan kewibawaan Nizar sebagai Menteri Besar Karajaan Perak telah memberi imej ketara sebagai kerajaan yang membawa idealis pemerintahan islam Pas, menolak dakyah yang menuduh kerajaan PR Perak adalah boneka DAP. Pengaruh Pas keatas kerajaan Perak ini walaupun cuba dinafikan oleh golongan Pas penyokong UG dengan merujuknya sebagai kerajaan boneka atau kerajaan Nizar, tetapi telah diterima baik oleh DAP dan PKR dimana ADUN mereka menyokong penuh usaha Nizar menerap nilai-nilai pemerintahan adil dan saksama sebagaimana model pemerintahan islam Pas Kelantan.

Cuba bayangkan kerajaan minoriti ini berjaya diuruskan dengan amat baik oleh Nizar, dengan semangat perpaduan dan permuafakatan jitu antara kaum menyelesaikan segala kemelut dan masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan UBN melalui akhlak kepimpinan islam dan nilai-nilai keadilan pemerintahan islam, maka pastilah kerajaan PR Perak ini akan diterima rakyat semua kaum sebagai contoh kerajaan perpaduan rakyat yang bakal menggantikan kerajaan UBN pada PRU ke13 nanti! Faktor inilah yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh para pendokong UG dan UBN sehingga membawa kepada rampasan kuasa secara tidak bermoral menumbangkan kerajaan rakyat negeri Perak.

Merampas negeri Perak hanyalah sebahagian dari ‘skim yang lebih besar’ bagi arkitek perancang skim yang merupakan kuasa sebenar dibelakang Umno dan BN, iaitu usaha terakhir menumpaskan kebangkitan rakyat secara mutlak dan seterusnya menyelamatkan UBN dari berkubur pada PRU 13 nanti. Usaha merampas kerajaan sah PR Perak adalah fasa kedua skim mereka, maka kita harus melihat konflik isu muzakarah dan muqabalah antara Pas dan Umno sebagai fasa pertama atau pemula skim. Jadi, dimanakah konflik muzakarah/muqabalah ini memanfaatkan perancangan skim?

Usaha umno menganjurkan pertemuan dengan Pas (pro-ulama/pro-Umno) bukan kerana kepentingan rakyat atau kepentingan melayu, para pemimpin Pas ini amat memahami hakikat itu. Jadi titik tolak pertemuan tersebut adalah atas dasar survival politik masing-masing, bermakna pimpinan Pas ini sudah bersedia untuk dipermainkan dan dikhianati demi kelangsungan politik peribadi.

Mereka, ahli pertemuan gelap Pas/Umno ini berharap kegiatan mereka hanya terdedah disaat akhir agenda dilaksanakan, setidak-tidaknya selepas muktamar ke55 Pas, tetapi perancangan mereka tidak selari dengan skim Umno. Pada Umno para pimpinan Pas ini hanyalah batu catur strategi skim mereka. Bila Abdullah Badawi menghumbang mereka umpama batu ke jalanan, mendedahkan hubungan gelap pada umum, bermakna beliau mengharap kerosakan besar berlaku bagi membantu perlaksanaan skim besar mereka. Pergeseran secara terbuka berlaku didalam Pas yang pada akhirya pemimpin Pas ini telah melontar idea kerajaan perpaduan (UG) sebagai alternatif kepada kerajaan perpaduan PR sebagaimana yang diharapkan oleh Umno dan penaja skim.

Penjelasan UG melalui garapan ideal pimpinan Pas pro-Umno bermaksud mentarbiyyah Umno dan pimpinannya serta menanggalkan segala keistimewaan dan kuasa mereka sebagai pemimpin berkuasa, walaupun umum percaya idea ini karut, tetapi disebaliknya Umno menyambut baik usul UG ini. Kepuraan Umno ini memberi kesan dan hujah yang baik kepada penyokong UG sehinga melunturkan penentangan Pas pada rampasan kuasa kerajaan sah Perak oleh Umno, meninggalkan Nizar berjuang sendirian bersama DAP dan PKR sehingga beliau dimomokkan sebagai boneka DAP. Ini adalah kejayaan Fasa pertama bagi Umno dan penaja skim mereka.

Menumpaskan kerajaan sah Perak tidak menoktahkan perancangan skim Umno, peristiwa rampasan tidak mampu membunuh kesan pemerintahan baik kerajaan Nizar yang telah bertahkta dihati rakyat Perak walaupun usia kerajaan PR sekejap cuma, malah peristiwa rampasan menyebabkan hati rakyat luka, bernanah dan berulat. Maka, fasa ketiga skim besar umno perlu dijayakan, iaitu menumpaskan kepimpinan baik dalam barisan rakyat yang menaja penentangan terhadap UBN. Menumpaskan kepimpinan baik barisan rakyat bermakna memecahkan PR dengan membawa Pas kedalam kerajaan UBN.

Membawa Pas ke dalam kerajaan Umno, bermakna tiga kejayaan awal pada matlamat skim besar mereka. Pertama, kemasukan Pas akan melumpuhkan Pas sebagai parti dominan PR. Kedua, faktor Anwar Ibrahim akan turut luntur, kerana sokongan Ulama Pas adalah benteng kepada serangan fitnah Umno terhadap kewibawaan peribadi Anwar, kerosakan kepada kewibawaan ulama Pas turut melunturkan kebenaran Anwar sebagai pemimpin teraniaya. Ketiga, membawa Pas kedalam UBN bermakna Umno telah berjaya mendakwah dan mentarbiyyah pimpinan ulama Pas untuk menerima konsep politik kuasa dan material sepertimana Umno tetapi dengan rias imej agama. Dakwah Umno ini bakal merosakkan kewibawaan ulama Pas UG secara total, bahkan kesannya turut menghakis kepercayaan umum terhadap kepimpinan ulama didalam PR. Tanpa kepercayaan pada ulama dan nilai-nilai baik agama menyokong PR bermakna perjuangan rakyat kembali ke zaman gelap dimana kepimpinan Ulama belum bermula!

Sekiranya fasa ketiga ini benar-benar berlaku, maka berjayalah usaha menyelamat Umno. Umno tetap tegak dan hidup, kejayaan mutlak kepada para penaja skim yang saban hari menunggu hasil dari benih yang ditanam, menunggu sehingga menjelangnya 2020...

sam raspiut
Read more!

Friday, June 12, 2009

PAS selepas 6 jun 2009... PUPUS??

PAS selepas 6 jun 2009 – Pas Ulamak Tganu (PASUT), atau PasTi Umno (PASTU), atau Parti Ulamak Pro Umno Semalaysia (PUPUS)?????
2)
Alangkah ajaibnya perihal golongan pro-ulama sekarang yang menerima umno sebagai sahabat dan tidak lagi sebagai musuh dan sasaran perjuangan. Jadi, kemana pula hala perjuangan Pas pro-ulama ini? Jika gulingkan umno dan kerajaan BNnya bukan lagi matlamat perjuangan, jadi apa pula relevan kewujudan Pas hari ini?
3)
Kata Pas dulu Umno adalah parti haram (disisi agama) kerana dia menolak agama sebagai dasar pemerintahan dan didalamnya biak segala kemungkaran.
Mari kita gambarkan se-ekor khinzir binatang yg haram, bukan sahaja ekornya, bulunya, kulit, daging, tulang, bahkan gigi putihnya yg segak dipandang juga haram sifatnya. Disembelih pun tetap Haram juga semua termasuk isiperutnya.

Pas pula Halal Suci dan Murni.. mari kita bayang sebagair lembu korban Idiladha, alangkan besar pahala dan nikamatnya. Tetapi sewaktu melapah didapati telinganya begitu serupa dengan khinzir, warna kulitnya, corak bulunya, bau, bahkan DNAnya sahlah khinzir (baka kacukan Lembi @ Khinbu rupanya). Jadi, haruskah dibuang telinganya? Bagaimana pula kepala yg bergantungnya telinga? Dibuang kepala? Apapula rupa lembu sembelihan tanpa kepala? Atau dibiar dan dikhundurikan saja semua? Lembu itu rezeki! Tapi lembu bukan seekor.. mengapa tidak kita sembelih sahaja lembu Kelantan yang khabarnya baka tulin bukan kacukan..
4)
Kebobrokan politik pro-ulama Pas bukan sahaja merosak dan memecah belahkan ahli Pas, malah menghakis kepercayaan pengundi Pas. Harus di ingat ahli Pas menentukan barisan kepimpinan dimuktamar hanya sebahagian kecil dari pengundi Pas yang datang dari berbagai golongan masyarakat, merekalah yg menentukan survival Pas di PRU nanti. Apakah Pas akan menunggu mesej mereka pada PRU nanti untuk menilai perpektif umum terhadap Pas sebagai dominan kerajaan rakyat baru nanti..

Pimpinan pro-ulama walaupun menguasai Pas Pusat tetapi tidak menguasai geografi pengundi PRU Pas, pengaruh mereka dominan hanya dikawasan tengah Terengganu, kurang berpengaruh di Kemaman dan Besut, manakala diluar Terengganu mereka hanya berpengaruh disebahagian Selangor dan Wilayah. Mereka tidak boleh mentafsirkan pengaruh mereka kepada perwakilan dan cawangan Pas adalah sama pada pengundi Pas, tidak mungkin sama! PRU bukan Muktamar!

Tanggal 6 june 09, menandakan secara rasmi kerosakan imej kepimpinan ulama yang nodanya terpalit pada semua ulama tulin Pas. Hilang kerpercayaan dan hormat pada segelintir kepimpinan ulama Pas akan menyebabkan lebih banyak serangan selepas ini yg setiap satunya akan menghakis kepercayaan ramai pada Pas dan bebannya terpaksa digalas oleh pejuang tulin Pas Khususnya Tgna, Ustaz Azizan dan lain-lain. Inilah yang diusahakan selama ini oleh strategis umno dan proksinya didalam Pas.

Pas tidak bolih berharap isu ini akan dilupakan sebagaimana isu-isu di Terengganu, melupakan dan terlupa adalah dua perkara berbeza. Pengundi ‘melupakan’ tapi tidak pernah ‘lupa’ apa lagi untuk berpatahbalik setelah beberapa generasi kita sudah terlalu hampir untuk menumbangkan Umno.

Jadi, apa penyelesaiannya sekarang sebelum Pas dilupakan? Hanya ada tiga cara, 1.kepimpinan pro-ulama harus menyatakan keinsafan dan kembali kepada hasrat rakyat yg menjadi teras perjuangan Pas – perkara yg paling mustahil terjadi dengan model kepimpinan pro-ulama sekarang. 2.menukarganti kepimpinan sekarang – juga tidak mungkin berlaku selagi kepimpinan ulama tulin kita terlalu berlembut menjaga maruah institusi ulama dan maruah Pas sebagai parti agama melebihi kepentingan umum dan kebenaran agama. 3.berpecah, bercerai, berpisah – ubat yg paling pahit dan akan dianggap pendapat kurang ajar bagi sesetengah pendokong Pas, tetapi rasionalnya ia adalah fitrah alam, sejarah pernah berlaku dan akan terus berlaku.

Pilihan ini walaupun amat buruk tetapi adalah lebih baik dari kerosakan berpanjangan yg akhirnya menjadikan Pas parti tidak berwibawa... kita tidak boleh selamanya bergantung kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana tiba masanya kita harus mengakui Allah lebih mengasihi beliau dari kita…
6)
Sebagai pemimpin golongan pro-ulama presiden Pas bukan sahaja dipertikai kerana isu-isu berkaitan umno, bahkan kerana sejarah kewibawaan kepimpinannya yg agak lemah dan dikatakan hanya bergantung kepada kedudukan beliau sebagai ulama Pas dan momemtum politik ekstrimist agama pada zaman awal kebangkitan beliau, bukan dari kobolehan kepimpinan beliau untuk kekal sebagai pemimpin tertinggi Pas, antara kelemahan beliau adalah:

1. Sering menimbul isu-isu sensitif yg penuh konflik dan akhirnya membiarkan tergantung tanpa bertanggungjawaban terhadap isu-isu tersebut, khususnya hal-hal yang melibatkan hukum dan kepentingan umum, contohnya isu muzakarah, UG, assobiyah melayu, isu penyalahangunaan wang zakat di Terengganu dan lain-lain.

2. Membiarkan beliau sedari awal kebangkitan dikelilingi oleh orang2 yg diketahui kurang cerdek untuk membentul lapisan sahabat @ kroni sebagai perisai. Sahabat2 ini tidak berwibawa sebagai pemimpin dan hanya menumpang jubah ulama beliau dan dikatakan mendominasi Pas hanya kerana sokongan beliau, senioriti, make-up ala ulama dan stregist politik ala umno. Kroni-kroni ini menguasai segenap sudut penting Pas termasuklah akhbar lidah rasmi Pas dan dewan ulama. Dimana-mana kroni-kroni ini telah mewujudkan pelapis-pelapis dan aktivis-aktivis muda samada setara dengan mereka ataupun lebih teruk dari mereka sehingga terhasilnya golongan pro-ulama pada hari ini yg meninggalkan rasional perjuangan Pas.

3. Gagal mengengkang kerakusan kroni2 beliau membuat keuntungan malah membela tindak tanduk mereka dalam konflik melibat kepentingan umum, contohnya membela dan memperemehkan isu penyalahangunaan wang zakat oleh pemimpin bawahan beliau sewaktu beliau memerintah Terengganu, 1999-2004.

4. Gagal meredakan isu-isu dan konflik yg timbul dalam Pas sedang sebagai pemimpin tertinggi beliau bertanggungjawab dan mampu melakukan.

5. Gagal berperanan sebagai pemimpin utama masyarakat yg neutral dan prihatin sesuai fungsi beliau sebagai pemimpin ulama dalam menangani isu-isu umum yg rakyat malaysia amat berharap pendapat peribadi beliau sebagai pendapat yg adil dari pemimpin bukan kerajaan. Contohnya isu anwar, isu penderaan pemuda India dalam tahanan polis, isu ayam halal dan sebagainya.

6. Selain dari hal-hal politik dan draft hudud beliau tidak mampu sebagai pemikir atau menggerakkan pemikir Pas untuk menangani isu-isu penting lain seperti, draft sistem kewangan islam, perekonomian islam kususnya industri makanan halal yg mana modelnya telah dilaksanakan dengan jayanya oleh al-arqam, sistem kontrak islam dll.
Apakah semuanya akan dipikir dan digerakkan selepas Pas memerintah negara? Bila?

7. banyak lagi kegagalan beliau tetapi yang paling besar adalah gagal meletakkan diri beliau sebagai PEMIMPIN UMUM RAKYAT MALAYSIA YANG BERBAGAI BANGSA DAN UGAMA yang benar-benar adil untuk semua sesuai sebagai pemimpin ulama BESAR!!!!

sam raspiut
Read more!

Wednesday, June 10, 2009

DRAMA 3 BABAK: KISAH MINAH DAN AWANG

Saudara-saudara sekelian,

Ini adalah satira pendek untuk meringgankan minda yang makin tegang.. sesakali elok lah kita baca drama bodoh pulak..

Babak 1

Setelah puas berhempas pulas berusaha siang dan malam sehingga tidak terkira banyaknya keluar peluh jantan dan betina, ahkirnya pada suatu pagi berkatalah Minah dengan senyum simpul pada suaminya lebai Awang Pupus, katanya “Bang Awang... sudah lewat 16 hari saya tak datang bulan.. mungkin kita bakal dapat anak la bang...” penuh manja dan ghairah suaranya. Lebai Awang mencebik sambil mengkalihkan badannya membelakangkan Minah lalu berkata, “takpe bulan takda matahari ada.. awak tu keturunan mandul, bulih percaya ke?”.
Mendengarnya Minah terus melonjak bangun dengan mata terjegil merenung lakinya. Lebai Awang dengan wajah sinis menambah, “tak payah mimpilah.. selagi doktor tak sahkan susah aku nak percaya!” terbaur ejekan suaranya, mengiringi langkah longlai Minah kepintu keluar rumah, tertanya-tanya mengapa begitu sinis sikap suaminya.

Babak 2

“Penipu!! Penipu!! mengapa tergamak kau tipu aku Minahh… mengapa!??”melolong suara tempik lebai Awang Pupus sehingga beterbangan habuk-habuk yang melitupi kitab-kitab agama yang dibelinya di Mekah dahulu. Suasana tengah hari itu menjadi hening, samada jiran-jiran tidur atau sedang memasang telinga semuanya.

Seperti orang yang betul-betul patah hati Lebai Awang melalak, “sanggup kau menipu aku, cakap kau mengandung Minah?” sambil tangannya tidak berhenti-henti mengibar kad lapuran doktor, lebai Awang berteriak lagi “kau tau aku nak anak kan… kau tipu minah.. memang kau penipu!!” Denga suara yang lemah dan lirih Minah menjawab, “saya hanya jangka Bang… berdasarkan tanda-tanda.. dah rezeki tak jadi, takkan itu pun menipu bang..” hati Minah mula cuak melihat reaksi Lebai Awang.

“Aaah.. sudahlah!! Kalau dah baka penipu tu, tetap penipu jugak!!!” bentak lebai Awang sambil bergegas keluar bilek menuju ruang tamu, meninggalkan Minah terkulat-kulat memandang almari dipenjuru bilek.

Babak 3

Mata Minah buntang memandang almari, fikirannya kosong. Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah beg tersembunyi di belakang almari. Aneh!..hatinya terdetik ingin tahu, lalu ia meluru mengambil dan menyelongkar beg itu. Seketika kemudian matanya terbeliak, terdapat surat nikah didalamnya… jelas tertera nama suaminya dan Najibah! janda tua beranak lapan berusia 52 tahun itu. Minah bingkas dan meluru ke ruang tamu..

Dia terhenti dimuka ruang tamu bila melihat suaminya sedang berbisik dengan pembantunya, imam Din AlPutari @ din musang. Duduk disamping juga sahabat karib suaminya yang ditugas menjaga akaun dan pentadbiran masjid, dato’ Pa keling. Ketiga-tiga mereka menjeling kearah minah serentak. “Abang.. surat kawin siapa ni? Boleh tak kita bincang sekejap…?” Minah berkata sopan, matanya menyorot tajam kepada tetamunya dengan harapan menghalau mereka pulang. “siapa pulak kawin.. dah! dah! jangan dok buat bida’ah bukan-bukan..!” jawab lebai Awang acuh tak acuh, meneruskan semula bisik membisik tanpa menghiraukan Minah. Pa Keling melirikkan matanya yang seakan tersenyum mengejek dan mengejek…

Minah tidak tersabar lagi, tanpa menghirau tetamu lalu membaling surat nikah itu kehadapan muka suaminya sambil menjerit, “Penipu! Pembohong!.. Ooo patutlah buat anak pun tak larat.. rupanya abang kawin lain yeak!! Nak anak kononnn… air habih dok tuang merata, macammana nak jadi anak.! apa kurang saya sampai abang kawin dengan janda tua beranak lapan?? Pembohong!! Mengapa abang tak cakap dah kawin lain? Penipu??” bertalu-talu hamun Minah sehingga menunduk Pa keling mengelak tempias liur terkena hidungnya yg besar itu.

Lebai awang tersandar dikerusi sambil mengusap perut gendutnya, dengan penuh yakin dia menjawab “Abang tak tipu.. kau tak tanya buat apa nak cakap.. lagipun salah ke abang kawin?? Janda tua pun ok ape!.. masih bergetah dan kaya. Kau ape ada? Harap muda je nak buat apa??” cemuhnya sambil tersengih ala-ala kambing.
“Ooo.. tak tipu yea.. yang mengaku bujang kat surat nikah tu apa hal?? Tu kalau bukan membohong nak panggil apa...??” pintas Minah cepat sambil menambah, “kalau kawin dengan artis tu lain la.. ini janda kerepot!! Nak malukan saya la tu?” lebai awang tersengih malu, “ ..dak aih..” jawabnya perlahan..

Pa Keling cepat-cepat bangun dengan penuh gaya berkata, “sabar kak minah, ini fitnah semata-mata, mainan najibah yang tergila-gila Ustaz Awang semua ni…!”
cepat-cepat Din Musang juga menambah, “ betul, betul! najibah gila tu memang nak rosakkan nama Ustaz Awang.. ni fitnah semua kak…”
“pembohong!!.. yang nama korang dua ekor kat borang saksi tu amenda?? Takkan pejabat agama narathiwat tu menipu pulak.. munafik!!” Jerkah minah, sambil memungut dan membaling surat nikah ke muka Pa keling. Lebai Awang terus diam terperosok didalam kerusi, membiarkan pergaduhan diteruskan pembantunya……

Babak 4 - prolog

Ceritanya masih ‘on the making’, tak tau lagi kesudahan.
Dengar khabarnya, walaupun Najibah mengaku dia kawin dgn lebai Awang di siam tapi dia menolak untuk disahkan pernikahan di pejabat agama.. kerana kononnya anak-anak tiri najibah mengugut untuk keluar dari rumah membawa segala kekayaan mereka kalau pernikahan itu disahkan.. rupa-rupanya segala kekayaan janda tua itu hanya menumpang anak tiri cinanya. Anak-anak kandungnya cuma kerja mengabihkan beras semata-mata.
Maka, lebai Awang dan dua sahabat karibnya tengah pening gila sekarang, memikirkan kaedah untuk memikat kembali janda tua dan anak-anak tiri cinanya! Kalau gagal, hampalah mereka utk menumpang kekayaan najibah si janda tua…

Kita tunggulah kesudahan cerita…. Kalau ada yg tahu minta sambung ye!...

sam raspiut
Read more!

Tuesday, June 9, 2009

PAS vs PAS - 05

10)
Ini analisa saya (yg bodo-bodo belake kata geng Tganu)….
Mengapa arkitek UG desprate nak tangguh/tutup cerita UG sampai PRU13?

Isu UG ini amat menguntungkan Umno parti karut dari bersepai, tetapi amat-amat merugikan boneka umno @ geng Tganu yang kini taksub dengan perpaduan melayu!
Ini kerana konflik UG telah re-unite balik Umno yg hampir bersepai dan mereka telah mencapai tempoh bertenang. Dengan tiadanya ‘big event’ khususnya september 16 yg telah digagalkan oleh geng Tganu menyebabkan mereka kehilangan bargain power dengan majikan mereka umno, fasa petama kontrak mereka dengan Umno selesai!

Memandangkan agenda mereka telah terbongkar sepenuhnya, kedudukan mereka amat lemah walaupun menguasai pentadbiran Pas, oleh kerana mereka sudah jadi ‘open target’ kepada penembak tepat Pas dan PR, dan tiadanya keperluan kepada pengkhianatan mereka oleh Umno, maka mereka perlu direhatkan sementara hingga selepas PRU13 yg dijangka UBN akan runtuh sepenuhnya.

Mengapa PRU13? Arkitek UG faham untuk mengkhianat dan berunding dengan UBN mereka perlukan modal yg hanya boleh didapati pada PRU13, mereka juga amat sedar berada diluar PR sebagai Pas geng Tganu dan boneka umno mereka tidak mungkin menang pilihanraya seterusnya mempunyai bilangan kerusi yg mencukupi untuk berunding sebagai kontraktor penyelamat Umno.

Jadi, mereka harus kekal dalam PR dan dilihat amat istiqomah dalam usaha menjatuhkan umno, mereka kembali melaung kembali isu umno kafir sekular dan kukuhkan PR. Mereka juga amat berharap PK Manik Urai sebagai gula-gula kepada penyokong Pas dan PR untuk melupakan isu UG dan boneka umno.

SEKIRANYA Pas dan PR termakan gula-gula ini dan selepas PRU13 nanti Umno masih goyah atau ditumbangkan, akan menyebabkan kuasa tawar menawar geng Tganu ini akan meningkat sekurang-kurangnya ketahap merundingkan jawatan TPM dan sekurang-kurangnya 3 jawatan menteri penuh. Dengan Pas dikuasai mereka dan jawatan Mursyidul Am dianggap bukan lagi mewakili Pas geng Tganu, plan ini dijangka akan berjaya sepenuhnya.

Sebagaimana pendapat penyokong bawahan Pas, sepenuhnya hasil kebodohan dan kebongokan ahli perwakilan Pas memilih kepimpinan pembohong @ geng Tganu @ boneka Umno!.. Bravo!!

sam raspiut
Read more!

Monday, June 8, 2009

PAS vs PAS - 04

8)
Kesian sungguh saya akan nasib para pengikut yg pemimpin mereka dikata boneka..
Lebih menambah malang boneka itu boneka umno.. tiada siapa pun suka pemimpin yg dikasihi mereka boneka... tiada orang dewasa yg suka boneka kecuali anak-anak kecil yg suka boneka. Kesian mereka kerana terpaksa jadi anak-anak yg suka akan boneka.. kalau tidak suka boneka nanti tidak wala’.. orang yg tidak wala’ tarafnya pada pemimpin boneka mereka adalah sama seperti anak-anak tidak baliqh, anak-anak yg tidak baliqh suka tersangat akan boneka.. nampaknya sudah ditakdirkan mereka terpaksa suka dan kasih pada boneka seperti anak-anak yg suka akan boneka..

Saya hairan, tidakkah pemimpin boneka yg pengikut mereka terpaksa suka akan boneka kesian dan terharu pada pengikut boneka mereka yg terpaksa menghadapi dilema antara kasih pada boneka atau menjadi tidak wala’ kerana tidak kasih akan boneka, tetepi seandainya dia kasih pada boneka maka dia akan jadi anak-anak yg suka boneka, anak-anak yg suka boneka tidak lah layak untuk wala’ pada pemimpin, walaupun pada pemimpin boneka…

Oleh kerana orang yg suka akan boneka sama sifatnya dengan anak-anak yg suka boneka maka hujah mereka untuk membela pemimpin mereka yg boneka pun samalah dengan hujah-hujah anak-anak yg suka boneka.

9)
Terharu sungguh aku dgn mereka yg sokong boneka tetapi mengaku pejuang islam, mereka fasih memaki hamun demi perjuangan.

Dari segi rupa hebat-hebat semua, tak perlu ikut Khir Toyol yg terpaksa guna botox utk elokkan rupa. Malangnya akal mereka tersimpul dekat wala’ pada boneka, tak sempat sampai dekat wala’ pada parti dan agama.
Sekarang simpul akal mereka berkalih dekat Manik Urai, mereka agak bulih tutup botol@jebul UG dgn Manik Urai, mereka lupa orang sana haram main boneka.

Pejuang lain kuat usaha agama, mereka kuat usaha mendakwa merekalah pejuang agama. Pejuang agama tak kisah pemimpin mereka menang pilihanraya, mereka pentingkan orang yg menang pilihanraya sokong agama, sebab bila semua dah sokong agama Pas misti menang pilihanraya!

Pejuang-pejuang boneka ini risau, kalau orang menang pilihanraya pilih agama dimana tempatnya pemimpin boneka mereka kerana dalam agama takde ruang untuk boneka yg menderhaka jemaah dan agama.. rugilah pelaburan mereka..

sam raspiut
Read more!

Thursday, June 4, 2009

PAS vs PAS - 03

6)
Memahami sekular harus memahami orientalis barat yg sudah lebih 200 tahun merancanakan sekular keatas umat islam. Memahaminya bukan sekadar faham agama suku politik suku itu sekular, kemudian mula menganggap orang lain sekular. Ia lebih dari itu, kerana kita telah dilahirkan didalam sistem sekular dan berkemungkinan mati juga dalam sistem sekular.

Menolak sekular bermakna kita harus memahami sejauh mana kehidupan kita dibelenggu dengan pemikiran dan pengamalan sekular. Memahami dan menolak pemikiran sekular adalah kewajiban walaupun setiap hari hidup kita bergelumang dengan sekular.

Sekular dalam kehidupan kita adalah berkenaan tahap penerimaan pemikiran dan idealisma sekular serta tahap penerimaan amalan atau sistem sekular itu sendiri. Masalahnya ada orang tidak pernah sedar mereka mengamal dan berfikiran sekular. Begitupun ada juga fikiran dan amalan kita yg dilihat sekular walaupun tiada kaitan dengan sekular.contohnya bila alim ulama kita melarang hal-hal politik diperdepatkan di masjid bagi menjaga keharmonian, tentu tidak sama sekali mereka ini berfahaman sekular yg memisahkan agama.

Membezakan Pas sebagai parti islam dan Pkr adalah parti sekular adalah sesuatu yg tidak wajar. Parti Pas yg di islamkan melalui Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan pastinya lebih baik dari Pkr yg keahliannya terbuka untuk semua kaum, tetapi mengatakan orang islam ahli Pkr sekular dan menolak islam untuk dibandingkan dengan ahli pas yg berpendidikan agama adalah lebih tidak wajar. Mereka yg menubuhkan Pkr mempunyai keharusan membentuk Pkr sedemikian, apalagi Islam atau tidak seseorang itu bukan kerana parti , tetapi kerana amalan dan kefahamannya.

Menetapkan perbezaan jemaah seharus untuk menyatukan rentak perjuangan, bukan menilai tahap agama seseorang untuk memecahbelahkan perikatan.

7)
Parti Pas yg di islamkan melalui Suruhanjaya Pendaftaran Pertubuhan secara rasmi menjadi wadah perjuangan umat Islam. Matlamatnya utamanya satu, menjadi ganti kepada Umno yg sekular dan menolak agama. Umno yg berkuasa memerintah bukan sahaja menerima, mengamal dan membela sekular, bukan kerana tiada didakwah atau tidak berdaya menolak sekular tetapi kerana mereka cinta dan wala’ pada sekular dan pada segala yg datang dari bapa sekular mereka. Mereka adalah musuh dan sebab kepada keharusan perjuangan Pas. Tiada umno mungkin tiadalah Pas..

Memahami Pas sebagai parti, maka harus kita faham yg islam itu jemaah pendokong Pas, bukan Pas. Perjuangan islam Pas itu kerja pendokong Pas, Pas sebagai parti hanya sekadar nama. Kita tukar suka sama suka nama dengan Umno, orang umno dibawah label Pas tetap juga sekular kerana mereka pendokong sekular, jadi semua baik dan buruk parti bergantung kepada pemimpin dan orang dipimpin.

Pas sebagai parti adalah hasil dari sistem sekular, kerja politik yg kita perjuangkan juga kedah sekular, demokrasi dan pilihanraya yg mati-mati kita nak menang juga kaedah sekular, pemerintahan dan negara yg bakal diwarisi sekiranya menang PRU juga hasil sekular. Kita berdiri dan hidup diatas sistem sekular. Yang benar-benar tidak sekular hanyalah Islam serta harapan dan cita-cita untuk membebaskan diri dari sistem sekular, yg MUNGKIN tidak sekular adalah akhlak dan amalan budaya poltik Pas sebagai wadah Islam, yg MUNGKIN tidak sekular adalah amalan dan akhlak pemerintahan Pas kalau memerintah negeri dan negara. Untuk itu Pas perlu menang pilihanraya dan dilihat berwibawa. Itulah yg diharapkan pada permashuran “islam membawa perubahan”.

Pemimpin dan para ulama diyakini amat mengentahui hakikat ini, maka mereka tidak akan gopoh menuduh sesiapa sekular. Tetapi tidak dengan pengikut sesetengah pemimpin Pas, mereka mensekularkan sesiapa sahaja yg dianggap tidak wala’, sesetengah pemimpin samada anggap budaya ini remeh atau memang galakkan atas nama siasah kelicikan politik peribadi.

Memahami politik bermakna kita memahami pentingnya ‘pencapaian’, pencapaian seorang pejuang agama adalah kejayaan dan kepentingan jemaah. Manakala pencapaian seorang ahli politik tidak kiralah parti manapun adalah peningkatan kuasa dan habuan yg dicapai, diusahakan dan dinikmati secara pribadi.

Usaha mendekati umno adalah usaha merealisasikan ‘pencapaian’. Usaha membawa Pas untuk meng-unity kan perjuangan Pas terhadap sekular bersama umno pendokong sekular dilihat sebagai usaha memadamkan api perjuangan Pas. Maka sebarang usaha yg secara curang, diam dan tersembunyi untuk menghalang kemaraan perjuangan Pas menentang pemerintahan sekular adalah usaha dan sikap orang munafik.

Saya tidak perlu jadi ulama untuk mengulas hal ini, cukuplah dengan mendengar kitab dari ulama kampung, kita akan layak, kerana dari dulu sampai sekarang hukum dan sifat orang munafik tidak berubah.. Cuma dulu mereka duduk disamping Nabi s.a.w, tapi sekarang mereka duduk disamping presiden ulama pewaris nabi sebagai fraksi..!!!

sam raspiut
Read more!

Wednesday, June 3, 2009

PAS vs PAS - 02

3)
Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dilaporkan menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia dan tiada keperluan pada bahtera lain termasuklah bahtera Umno. Beliau juga mendakwa sesiapa yang meninggalkan bantera pasti akan tenggelam.

Benar, analogi itu menunjukkan Pas hanyalah platform perjuangan yang relevansinya bolih dipertikaikan bila-bila masa, ada kekurangan dan kelemahan. ‘Bahtera selamat’ adalah satu penilaian kepada kepimpinan islam yg baik, bukannya kerana bahtera itu telah diIslamkan dengan baik, Sebaik manapun bahtera kalau saf kepimpinan lemah dan tidak memahami kekuatan dan kelemahan bahtera, di muara sungai Terengganu karamlah bahtera.

Sebagai parti yg ditubuh atas dasar privilege penganut islam yg membentuk kira-kira 50% penduduk negara ini, Pas tidak mungkin menang pilihanraya apalagi dengan memburukkan rakan PR sebagai sekular. Sekular hanyalah istilah merujuk kepada sejarah kesilapan umat islam berhadapan dengan orientalis barat, menuduh sesiapa sekular tidak menyelesaikan masalah. Menuduh sesiapa sekular umpama buktikan kelemahan ummah khususnya para ulama yg seharusnya membendumg sekular.

Pemimpin islam yg baik seharusnya mampu berfungsi dalam keadaan umat islam lemah dan minority. Presiden Pas gagal melihat 1430 tahun sejarah perjuangan Islam dan sejarah panjang perjuangan Pas Terengganu sendiri.

Sejarah Nabi s.a.w membuktikan Islam bangkit dalam keadaan yg lemah dikalangan hamba, belia dan orang yang tidak penting dalam masyarakat quraisyi Mekah dan kemudian memerintah Madinah sebagai pendatang yg minority. Akhirnya sewaktu empayar othmaniah yang dianggap hebat dan gemilang, pemerintahan islam jatuh tersungkur angkara keangkuhan pemimpin islam enggan menilai kelemahan dan memilih sekular sebagai penyelesaian.

Mengatakankan Pas ‘bahtera yg selamat’ dan menolak sekutu perjuangan juga angkuh, bahkan ‘bahtera selamat’ juga musuh hayalan. Presiden tidak bolih anggap survival Pas adalah wilayah kekuasaan peribadi beliau. Sebaik manapun ‘bahtera selamat’ penumpang tetap melihat destinasi nakhoda, kalau membawa kepada kehancuran rakyat lebih rela naik tongkang sahaja, apalagi bila drebar tongkang juga lebih mahir ilmu pelayarannya.

4)
Banyak pihak mengatakan tidak wajar menyalahkan presiden ekoran kekecohan dalam Pas kerana bukan kehendak beliau tetapi didalangi oleh pihak-pihak yg mendampingi beliau. Tetapi itulah gunanya presiden, untuk dipertanggungjawabkan pada segala keonaran didalam Pas, selayaknya sebagai nakhoda kapal!!

Mempunyai pengikut yg ingkar dan mendalangi beberapa siri keonaran yg memecah belahkan Pas menunjukkan kepimpinan yg lemah. Memulihkan imej beliau yg teruk tercemar akibat dalang-dalang ini adalah dengan melakukan pembersihan, kecuali beliau juga sebahagian dari skim dan pembersihan dilakukan hanya pada golongan penentang skim.

Bila Mustafa Ali muncul cuba menutup tirai persembahan UG, banyak pihak bertanya mengapa mesti Mustafa? apa peranannya Presiden? Mengapa bukan presiden yg menutup tirai? Siapa Mustafa? Adakah dia tuan punya proksi kuasa?

Hasilnya Mustafa Ali dilihat umpama promoter Don King pada kejuaraan WBF yang mana dilihat telah menaja Tuan presiden kita bertinju berlawan dengan penonton. Memang presiden hebat mampu melawan jutaan penyokong, tetapi Mustafa Ali lagi hebat kerana mampu mengheret Presiden Pas kegelanggang. Apapun keputusannya beliau telah menang!! Menang mengatasi presiden..

Dan sekarang dia dah dapat habuannya, maka selepas ini lagi banyak program reality politik korparat akan dilancarkan… makin kayo lah penerbitnya!!

5)
Kita tidak menolak peranan para pengikut tegar disekeliling pemimpin Pas, umum tahu tanpa mereka ini tidak akan kemana kehebatan pemimpin walaupun sebagus mana mereka. Tapi, rupa dan kredibiliti pengikut tegar ini akan menujukkan rupa pemimpin itu. Adalah penting pemimpin hebat dikelilingi oleh orang-orang hebat

Mengangkat bekas guru pencen atau seangkatan dengannya sebagai Tuan Penasihat, hanya menghasilkan keonaran seperti sekarang. Bukan menolak hak peranan ahli Pas, tetapi setiap orang harus mendapat peranan selayaknya. Seperti tukang kasut tidak bolih jadi tukang panjat gantung bendera, depa gayat atau seperti kontraktor pembekal poster pilihan raya tidak bulih jadi ahli perwakilan ke muktamar sebab depa orang berniaga, depa tender undi nanti.

Kaedah meletakkan orang yg bersetia menyokong tanpa mengambilkira kemampuan dan kesesuaian dalam saf kepimpinan memang menjamin kekuasaan pemimpin dalam parti, tetapi menghasilkan rupa dan agenda kepimpinan yg amat buruk dan teruk. Kerana rata-rata pengikut sebegini, yg menjadi aktivist dan pemimpin bawahan hanya semata-mata keupayaan wala’ dan bukan keupayaan ilmu dan pemikiran, menjadikan mereka pengikut yg tidak berkualiti, jumud dan bebal.

Untuk memahami kelemahan dan kecacatan pemikiran mereka ini, mari kita tinjau dalm aktiviti forum blogger, disini kita akan lihat betapa parahnya pengisian network kepimpinan kita. Kata orang bagaimana pengikut begitulah pemimpinnya!

sam raspiut
Read more!

Tuesday, June 2, 2009

PAS vs PAS

1)
Bila sahaja bertentang pendapat dengan pengikut Pas Hj Abdul Hadi Awang (PAH) bersegeralah mereka menuduh itu adalah erdogan atau ahli PKR, kecenderungan berbahaya ini menyempitkan Pas kepada mereka sahaja. Matlamat mereka hanya untuk mengimbang sekiranya golongan PAH buruk maka ada golongan lain yang lebih buruk, jadi memburukkan PKR adalah usaha wajib mereka bagi menghadapi tentangan ahli Pas lain dan merasionalkan tindakan PAH.

Pada mereka seseorang itu bukan Pas kalau tidak menerima pemikiran Hj Hadi, pada mereka Pas adalah Hj Hadi. Kecenderungan auto wala’ dan auto hebat menjadikan mereka tidak rasional dan bebal. Dengan sekadar tuduhan untuk membawa pihak lain sebagai nyiru untuk menutup bangkai gajah kepimpinan PAH adalah amat naif…

Tidak perlu berselindung lagi, didalam Pas hanya ada dua golongan iaitu pihak yang menyokong TGNA dan taat kepadanya sebagai Mursyidul Am selayaknya dan pihak yang menyokong dan wala’ pada Presiden Pas Dato Seri Hj Hadi Awang (PAH).
Pertentangan pendapat yang timbul khususnya dari blogger bukan untuk merosakkan Pas tetapi untuk meluruskan halatuju Pas yg diyakini tersasar akibat isu muqabalah dan kerajaan perpaduan.

Kita harus akui pendapat golongan PAH ini adalah hasil corak pemikiran presiden Pas, manakala yang bertentangan adalah mewakili pendirian Tgna sebagai Mursyidul Am. Apapun istilah samada erdogan, proksi Pkr atau fraksi umno yg dipakai oleh penulis blog adalah mewakli kedua pihak ini.

MemPkr ahli Pas yg menolak UG serta menyerang Pkr sebagai dalang sengketa dalam Pas adalah usaha sistemetik menggagalkan PR yg disokong oleh Mursyidul Am. Tidak silap bila TGNA dan penyokong Pas menerima Pkr sebagai rakan PR sebagaimana diputuskan oleh syura’? Keputusan syura’ adalah keputusan parti, jadi mengabaikan syura’ adalah usaha mengabaikan parti. Orang Pas wala’ kan parti, kecuali kita mengambil kaedah Umno yg presidennya lebih besar dari Parti.

2)
MemPkr ahli Pas yg menolak UG serta menyerang Pkr sebagai parti sekular bagi membersih kesilapan kepimpinan PAH adalah bidaah. Memahami perkataan sekular dari sudut bahasa tidak sama dengan mengamal dasar sekular. Dilihat sekular tidak sama dengan mendokong fahaman sekular, adakah orang Pas yg gunakan khidmat bank akan jadi sekular atau menghalalkan riba? Bila Hj Hadi tidak melaksanakan pemerintahan islam dan Hudud bila memerintah Terengganu adakah dia pendokong sekular? Tidak, tiada siapa pun mendakwa Hj Hadi pemerintah sekular.

Kita tidak boleh menyamakan Pas dengan Pkr, tidak boleh meminta mereka membuat undang-undang tubuh yg sama seperti Pas. Pkr adalah parti majmuk berbilang bangsa dan agama manakala Pas parti islam untuk orang islam, budha dan hindu takda tempat dalam Pas kecuali dalam kelab penyokong Pas inisiatif Pas Kelantan. Kita tidak boleh membandingkan Umno dan Pkr walaupun pendokongnya bekas umno, Pkr tiada sejarah tolak islam seperti umno tolak islam. Umno parti pemerintah sudah 50 tahun mereka berpeluang memilih islam tetapi mereka pilih sekular walaupun sudah 50 tahun Pas cuba dakwah mereka! Jadi usul TGNA adalah memerangi dan menjatuhkan Umno dan itulah peranan Pkr dan DAP sebagai rakan PR, menumbangkan Umno!

Mursyidul Am menerima PKR, susahkah kita untuk mengakui dan menerima jasa dan sumbangan Pemimpin Islam dalam Pkr kepada ummah? Pkr telah melaku perkara-perkara yang tidak boleh dan tidak mampu dilakukan oleh Pas. Kapal Pkr membawa pengundi bukan Islam yang ‘bahtera selamat’ Pas tak bulih bawa, Pkr membawa DAP kepada Pas yg dulu mati-mati menentang Pas, bulih dakwah dalam PR kalau puak presiden berselera nak dakwah. Tidak payah galak dahulukan Umno yang dari zaman Burhanudin Helmi sampai almarhum Ustaz Fadzil Noor Pas gagal dakwah, kalau di Terengganu pun presiden gagal dakwah Umno inikan pula bapak Umno di Putrajaya! Sebaliknya apa yg berlaku Pas hampir didakwah masuk Umno!!

Sam Raspiut
Read more!

Monday, June 1, 2009

ULARMAK vs ULAMA'

Saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan pada isu Kepimpinan Ulama yang mutakhir ini yang banyak diperkatakan di beberapa akhbar pro Pas / pro ulama’ yang pada hemat saya telah memetik dan menggunakan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz secara tidak adil dengan memberikan gambaran seolah Tuan Guru telah menolak golongan bukan ulama dan meletakkan punca konflik keatas bahu mereka.

Waktu rencana ini ditulis percalonan untuk pemilihan di Muktamar Agung Tahunan PAS ke-55 telah pun lama selesai dan Hj Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden seperti disangka manakala nasib golongan pro-nya pula terpaksa menunggu hari pemilihan nanti, tetapi secara kaedah assobiyyahnya maka tiada masalah bagi mereka yang pro-ulama untuk kekal! Pendapat saya dan ribuan pendapat penyokong Pas lain tidaklah mampu memberi kesan atau mengubah apa yang terjadi dalam parti yang mentaati ulama ini. Pada hal secara halusnya saf kepimpinan telah pun ditentukan!, pemilihan didalam muktamar agung nanti hanyalah formaliti sahaja.

Pas dengan dasar kepimpinan ulama bukan sahaja mentarbiyahkan ahli dan saf kepimpinannya dengan nilai akhlak kepimpinan ulama, bahkan telah mentarbiyah ahlinya dengan nilai-nilai ketaatan dan kepatuhan mutlak kepada para ulama-ulama pemimpin agama. Gelombang konflik dan ribut pemilihan walau hebat manapun tidak akan membawa apa-apa perubahan tanpa restu para ulama. Idealisma kepimpinan profesional dan ulama ataupun profesional ulama hanyalah siasah yang menggerak momentum politik semata-mata, secara realitinya ia tidak akan menjadi mentaliti dan pakaian parti yang mutakhir ini dianggap platform esklusif golongan berpendidikan agama mengembangkan sayap dalam kancah politik yang banyak ghanimahnya. Kata seorang teman; seperti lari dari satu lubang kepada satu lubang yang lain, tetapi dalam gumuk (busut) yang sama. Kesepakatan para lubang adalah mentaati tuan punya gumuk. Tidak akan ada perubahan trend kepimpinan kecuali kita mengambil iktibar kaedah kerajaan sah negeri Perak yang mengadakan pilihan raya bagi Pemilihan Ketua Kampung dimana rakyat menyampaikan haknya!

Ingin saya nyatakan disini sokongan yang tidak berbelah bagi pada Pas, kerana tiada yang lain lagi parti Islam di negara ini selain Parti Islam Semalaysia, PAS. Tetapi menyokong Pas bukan bermakna saya menyokong Presiden Pas. Saya menyokong Pas, tetapi tidak mungkin akan menyokong Hj. Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin ulama Pas selepas rekod buruk beliau mentadbir Kerajaan Pas Terengganu selepas PRU ke10 dahulu. Kegagalan beliau bukan sahaja sebagai ketua negeri, bah sebagai ulama tersohor Pas yang seharusnya meyelesaikan konflik hukum citptaan beliau sendiri yang menyebabkan perpecahan masyarakat ketika itu. Pada saya, rekod kegagalan Kerajaan Pas Terengganu adalah kegagalan peribadi beliau sebagai pemimpin ulama, bukannya kegagalan Pas dan bukannya kegagalan Institusi Ulama Pas yang disanjung tinggi. Bahkan bukan silap para pengundi!!

Jadi, apa daya saya? Pengundi kerdil berlagak juara mengkritik presiden bertaraf ulama (yang selalu bermimpi jumpa nabi dakwa pengikutnya), pendapat seorang siapa nak dengar, siapa nak percaya?? Sebenarnya seorang pun cukup, dua sudah ramai, kalaulah pemimpin bertaraf ulama itu benar-benar berjiwa ulama pewaris Nabi, satu kritikan sudah cukup untuk bermuhasabah menilai diri dan amanahnya sebagai ulama’, tetapi kalau disebaliknya darjat beliau sebagai ulama maka seluruh ahli Pas pun tidak cukup untuk menegurnya!

Walaupun sudah lebih 20 tahun menyokong dan mengundi Pas, dan sedari baligh lagi sudah menganggap diri ahli Pas kerana dilahirkan Islam dan beribu-bapakan orang Islam pengikut Pas, tetapi saya bukanlah aktivis sejati Pas kerana tidak pernah bekerja untuk mana-mana pemimpin Pas dan juga tidak berpendidikan agama, alim saya hanyalah sebagai perunding rekabentuk senibina sahaja, jadi sokongan dan kesetiaan saya bolehlah dikatakan kerana dilahirkan dalam keluarga penyokong Pas walaupun tanpa serban dan jubah.

Samada saya layak atau tidak memberi pendapat atau mengkritik kepimpinan Pas bukanlah isu yang wajar, saya wajib dan berhak kerana saham dari undi saya pada lima pilihanraya mewajarkan saya. dan pemimpin harus, bahkan wajib menjawabnya selagi urusannya sebagai pemimpin melibatkan kepentingan saya sebagai pengundi. Sebagai pemimpin samada ulama’ atau tidak ulama, sebagai pemimpin politik atau pemimpin agama, selagi mereka berasa layak dan berhak memimpin bermakna pemimpin terdedah kepada kritikan, tiada pengecualian atau kekebalan semata-mata pemimpin golongan ulama’.

Dukacita dinyatakan isu kepimpinan ‘ulama’ bukan sahaja telah menjatuhkan kredebiliti dan maruah pemimpin golongan profesional yang rata-ratanya agak warak dan alim dalam agama seolah-olah mereka tidak layak dan tidak pernah memberi sumbangan kepada kebangkitan Pas, bahkan juga telah mengguris hati para penyokong dan pengundi yang bukan dari pendidikan aliran agama seolah-olah tiada tempat dalam parti yang telah dianggap eksklusif untuk orang alim agama sahaja, seolah-olah pentingnya mereka mungkin hanya untuk pilihanraya sahaja.

Merujuk kepada beberapa isu panas samada lama atau baru sepanjang kepimpinan golongan ‘ulama’ saya ingin bertanya beberapa soalan, yang pada hemat saya kalau gagal menjawabnya, mereka; bagi menyokong budaya akhlak mulia ulama’ yang hebat, berintergriti dan bertanggung jawab haruslah mengundur diri dan memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih layak, yang masih belum gagal sebagai pemimpin parti dan juga sebagai pemimpin rakyat!. Iaitu;

1. Dasar Kepimpinan Ulama, pada zaman awalnya telah diterima sebagai tarbiyah atau penerapan nilai-nilai kepimpinan ulama dalam budaya gerak kerja Pas serta penerapan nilai-nilai akhlak, ilmu dan keterampilan kepimpinan ulama’ kedalam sahsiah diri pemimpin Pas ketika itu tanpa mengira samada mereka dari aliran berpendidikan agama ataupun tidak, yangmana pada ketika itu golongan terpelajar dalam bidang agama dari institusi yang diiktirafkan lebih tertumpu untuk menyertai Umno yang melaksanakan dasar Penerapan Nilai-nilai Islam gagasan Anwar Ibrahim ketika itu meninggalkan Pas dengan label ulama’ pondok dan ulama’ kampung.

Manakala sekarang, Pas cuba melaksanakan konsep kepimpinan ulama berdasarkan pengiktiran dan pensijilan pendidikan formal dalam bidang agama sebagai prinsip asas pemilihan kepimpinan bertaraf ulama.

Soalannya, adakah dengan prinsip asas tersebut pemimpin ulama’ berprofesional adalah lebih baik dari pemimpin bukan aliran agama yang sedari awal kebangkitan Pas telah mentarbiyah diri dengan nilai-nilai akhlak kepimpinan ulama’?? Adakah tarbiyah kepimpinan ulama’ dalam Pas menyebabkan mereka riak dengan kelebihan gelaran ulama’ sehingga menganggap lebih layak walaupun ada akhlak pemimpin tidak menunjukkan akhlak ulama’?
Soalannya, Bukankah para ulama’ juga yang mentafsir hadith bahawa dengan menyokong pemimpin yang tidak benar dan khilaf semata-mata kerana kaum atau puak (bergelar ulama’?) adalah sifat-sifat assobiyyah??

2. secara umumnya, masyarakat mengentahui dasar pendidikan formal didalam aliran agama dimana-mana institusi pendidikan yang diiktirafkan samada dalam negeri atau luar negara adalah berdasarkan sistem pecah dan pengasingan melalui penjurusan bidang kerjaya, seperti jurusan syariah, pentafsiran hadith, hukum dan sebagainya, serta meninggalkan cabang ilmu yang dianggap duniawi melibatkan sains, kejuruteran, perubatan, pengurusan pentadbiran, sosial, politik dan lain-lain kepada sistem pendidikan barat.

Pengasingan dan penjurusan ilmu agama mengikut bidang kerjaya telah menjadikan lulusan jurusan agama tidak lagi berpaksikan akhlak dan iman, malah penjurusan bidang adalah kaedah pembatasan ilmu, walaupun memiliki ijazah tidak bermakna mereka ini mempunyai kreteria yang selayaknya sebagai pemimpin bertaraf ulama’ samada didalam parti atau didalam kerajaan. Kalaupun ada bukannya hanya kerana sijil dan ijazah, tetapi kerana anugerah bakat kepimpinan dan keterampilan peribadi yang memiliki semua sifat-sifat terpuji yang seharusnya ada pada ulama.

Soalannya, bila kepimpinan Pas mensyaratkan hanya yang berkelayakan ulama’ sahaja diterima sebagai pemimpin tertinggi, tidakkah mereka sedar bahawa mereka telah menggunakan syarat kelayakan ulama’ sebagai alat dasar pengasingan atau dasar pecah dan perintah dakyah orientalis barat sedangkan Pas adalah benteng terakhir perjuangan umat islam negara ini?
Soalannya, bukankah cabang ilmu bidang profesional juga mencangkupi ilmu-ilmu yang terdapat dalam Al-quran? Manakala melihat gelaran ulama’ pada sejarah pendidikan dan ijazah hanyalah satu andaian? Bukankah secara tradisinya memberi gelaran ulama’ itu hak masyarakat kepada mereka yang diyakini ilmunya sebagai sumber rujukan dan panduan masalahat umum masyarakat?
Soalannya, mistikah dan pentingkah ulama’ berkuasa? Menjadi pemimpin parti atau pemimpin kerajaan? Bukankah menjadi ulama’ pemimpin agama adalah lebih tinggi dari mana-mana pemimpin masyarakat yang berkuasa? Bukankah usaha ulama’ meletakkan nilai-nilai kepimpinan ulama’ pada setiap pemimpin yg berkuasa lebih penting dari ulama’ itu sendiri menjadi pemimpin berkuasa? Kalau benar ulama’ perlu berkuasa, bagaimanakah kaedahnya mencari ‘pemimpin ulama’ yang benar-benar ulama’, yang BUKAN dulunya mengatakan melayu assobiyyah itu kafir dan hari ini pula mengatakan assobiyyah melayu itu Islam??
Soalannya, benarkah penonjolan dan permashuran kepimpinan ulama bertaraf profesional dikatakan kerana golongan pro-ulama mempunyai kepentingan strategik ekonomi pada struktur kuasa Pas dan hubungannya dengan pemerintah?? Sekiranya tidak benar, bolehkah kepimpinan Pas membersihkan tohmahan dengan mengarahkan semua pemimpin mengistiharkan harta dan audit bebas dilakukan bagi membersihkan fitnah dan dilihat lebih telus dan jujur berbanding Umno??

3. Biar kita andaikan, Kerajaan Perpaduan itu benar-benar wujud selepas golongan pro ulama berkuasa sebaik selesai muktamar nanti!, maka para ulama dan pemimpin berpendidikan agama didalam Umno seperti Dato’ Dr Hamid Othman, Astora Jabat, Dr. Mashitah Ibrahim dan lain-lain, berdasarkan kepakaran ilmu mereka dan juga hubungan yang baik dengan pemimpin ulama’ Pas, besar kemungkinannya juga mereka akan menyertai Pas atas dasar semangat perpaduan. Bermakna mereka ini layak menyertai barisan kepimpinan ulama’ dan layak untuk bertanding jawatan dalam parti pada muktamar yang akan datang.

Juga, dengan ramainya penyertaan golongan terpelajar berkelulusan agama samada mereka pegawai kerajaan atau hanya sekadar ustaz kelas fardu-ain, berkelayakan pendidikan agama secara automatik meletakkan mereka sebagai ahli Pas bertaraf alim ulama. Manakala ahli-ahli Pas lain yang bukan alim agama akan menjadi ahli kelas kedua dan secara prinsipnya ahli-ahli Pas terbahagi mengikut kasta. Secara logiknya, golongan pemimpin bukan ulama walaupun masih diperlukan tetapi tidak lagi penting peranannya. Kalau setakat memberi nasihat bidang profesional, parti boleh melantik sesiapa saja sebagai perunding profesional, sebagai ketua kerajaan pula pemimpin ulama’ boleh gunakan kepakaran agensi-agensi kerajaan sebagai penasihat dalam apa saja bidang yang diperlukan, maka tiada masalah pemimpin ulama kekurangan kepakaran untuk memerintah kerajaan.

Soalannya, bolehkah kita katakan Parti Pas adalah parti berpuak(assobiyyah) yang sama kaedahnya dengan Umno atau Parti Dayak Bersatu Sabah? Cukup beranikah para pimpinan ulama’ mengistiharkan secara terbuka untuk menyelesaikan kemelut bahawa Pas adalah Parti Ulama Malaysia dan bukan lagi Parti Islam Malaysia? Sekiranya benar adakah bermakna keahlian mereka yang bukan aliran agama dalam PUS hanyalah berfungsi semata-mata sebagai pemberi undi untuk membolehkan pemimpin ulama menang pilihanraya dan memerintah negara?
Soalannya, berdasar perkembangan semasa, masyarakat diluar parti ulama’ akan menganggap pendirian presiden parti yang ulama’ sebagai pendirian parti, samada mereka harus percaya pendirian presiden ulama’ sewaktu sebelum PRU ke10 yang mengatakan melayu Umno adalah dasar assobiyyah kafir atau harus percaya pada pendirian sekarang yang mengatakan assobiyyah melayu itu Islam?
Soalannya, Penolakan pada kepimpinan profesional Pas yang tidak ulama’ adakah bermakna penolakan kepada rakan PR yang dilihat tidak islamik seperti DAP dan PKR memandangkan golongan pemimpin profesional adalah penghubung kepada rakan-rakan PR? Jadi, sekiranya perikatan dalam PR dilihat sebagai perikatan sehala bagi tujuan pilihanraya sahaja, maka adakah Umno rakan bagi perikatan baru??

4. Sekiranya dimashurkan Pas adalah parti ulama yang dipimpin ulama bertaraf ulama’ berprofesional dan disokong oleh pimpinan pro-ulama’ bertaraf ulama’ berprofesional jugak, yang sebelum PRU 10 membuang songkok memakai ketayap, serban dan jubah bagi mengulama’kan diri sebaris dengan pemimpin ulama’ mereka dan kini selepas PRU 10 kembali jarang-jarang berjubah dan berketayap bagi menyesuaikan diri dengan imej ulama’ berprofesional pula.

Jadi, memprofesionalkan institusi ulama’ dan para ulama’ tidak cukup setakat imej luaran dan permashuran sahaja. Kalaulah bidang-bidang profesional lain mempunyai Lembaga atau Pertubuhan masing-masing seperti Majlis Peguam, Pertubuhan Arkitek Malaysia dan lain-lain badan profesional. Badan-badan profesional ini berfungsi untuk memantau dan menilai tahap ilmu, kemampuan, pengalaman dan kewibawaan setiap ahli sebelum layak diberi gelaran pakar atau profesional mengikut bidang kerjaya masing-masing. Membawa gelaran profesional bermakna setiap ahli benar-benar menguasai ilmu dan kepakaran terlibat dalam memberi khidmat kepada pelanggan dalam batas undang-undang kepakaran masing-masing tanpa melibatkan persepsi, hubungan dan kepentingan peribadi.

Sesuai dengan kewibawaan perkhidmatan dan kepakaran, nilai gelaran profesional diterjemah dalam bentuk yuran perkhidmatan yang tinggi dan pengiktirafan dari masyarakat. Tahap profesional juga bermakna para pengamalnya tidak terikat kepada kepatuhan dan kepercayaan agama, kepercayaan peribadi dan tradisi, kepatuhan pengamal hanya pada prinsip-prinsip ilmu dan amalan kepakarannya, undang-undang lingkungan bidang kepakaran serta kepatuhan kepada pelanggan yang membayar khidmatnya.

Soalannya, sekiranya benar ulama’ berprofesional membawa maksud yang sama dengan pengamal bidang-bidang profesional lain, maka pihak manakah atau badan manakah yang berkelayakan dan berkuasa memberi gelaran tahap pakar pada para ulama dan apakah kaedah yang digunapakai bagi menilai, memantau, menentukan tahap ilmu, kemampuan dan kewibawaan pengamal ilmu berkaitan keulamakan? Adakah tahap profesional ulama’ bermakna sama seperti bidang lain yang pengamal tidak terikat pada nilai akhlak, sifat dan perlakuan peribadi, tuntutan nilai taqwa dan kepatuhan pada agama??
Soalannya, sekiranya ulama’ berprofesional membawa tahap profesional setara dengan bidang-bidang profesional lain, maka ia adalah bermaksud bidang kerjaya atau perkerjaan menyara hidup dalam bidang berkepakaran tinggi atau profesional.
Jadi, bolehkah dianggap ulama yang berkepakaran tinggi atau profesional adalah pekerjaan berdaya maju dan mempunyai nilai komersil??
Soalannya, Secara tradisi masyarakat mendapat khidmat ulama secara percuma. Jadi, benarkah anggapan umum bahawa ulama’ profesional tidak lagi relevan pada masyarakat untuk kuliah agama yang biasa-biasa kerana terpaksa membayar mahal, kecuali dalam keadaan masyarakat mempunyai potensi komersil, contohnya pada musim pilihanraya umum atau musim parti bermuktamar, ceramah diberi percuma??
Soalannya, benarkah anggapan umum bahawa memberi taraf profesional kepada ulama’ akan dieksploitasi secara komersil khususnya dalam industri pembuatan barangan halal, iaitu dengan megeluarkan pengesahan profesional atau terlibat secara langsung dalam pengiklanan?
Soalannya, benarkah permashuran ulama berprofesional adalah satu kekeliruan bila tiada penjelasan detail tehadap ruang lingkup ulama berprofesional?
Sekiranya benar, bukankah permashuran ulama berprofesional adalah bida’ah dan dakyah bagi propaganda politik yang merosakkan dan mengaibkan kredibiliti institusi ulama yang secara tradisinya adalah authoriti agama?

5. Bolehkah kita katakan kejayaan pemerintahan Pas Kelantan sebagai kejayaan pemerintahan ulama? Manakala kegagalan pemerintahan Pas Terengganu adalah kegagalan ulama? Tentu sekali tidak, fikiran demikian tidak adil pada institusi ulama. Apalagi gagal atau berjaya pemerintahan tidak bergantung kepada berapa lama atau berapa kerap menang pilihanraya, tetapi dinilai kepada apa yang telah dilakukan walau terhad dan sekejap seperti pemerintahan Pas Perak yang dianggap berjaya!

Institusi ulama itu sendiri tegak kerana pendokong-pendokongnya, kegagalan pendokong bukanlah kegagalan institusi yang dijamin kejayaannya oleh agama. Maka kejayaan Kelantan bolehlah dianggap kejayaan Tuan Guru Nik Aziz sebagai individu ulama yang berjaya membawa peranan dan akhlak ulama ketahap yang sepatutnya kedalam jiwa pemerintahan Pas Kelantan. Maka juga, kegagalan di Terengganu harus dilihat kegagalan individu pemimpin ulamanya, berdasarkan kerosakan dan hasil kerjanya dan bukannya dinilai kerana kalah pilihanraya!

Soalannya, macam-macam analisa, kajian, post mortem dan sebagainya dibuat mencari punca kekalahan PRU ke11 Pas di Terengganu, selain dari politik wang dan pengundi hantu, adakah faktor kredibiliti kepimpinan pernah diambil kira?? Oooppssss lupa… ahli panel siasatan pun puak tu juga kann???

6. Seorang kolumnis Harakah telah menulis kebimbangan beliau bahawa wujudnya trend tidak menggunakan saluran parti untuk menegur dan menkritik kepimpinan parti, sasaran adalah blogger-blogger yang pada anggapan beliau adalah pembawa fitnah, tidak berakhlak, pengadu domba, penakut, jahil dan pencaci maki. Belaiu secara terbuka mengugut akan menghambat ‘sampai ke lubang kubur’!!

Saya bukanlah blogger yang dimaksudkan tetapi sebagai pengguna siber saya agak tersentuh tuduhan dan ugutan seperti itu yang datang dari media lidah rasmi Pas. Pada sesetengah keadaan diantara berbohong dengan fitnah membawa kesan yang sama. Bila kolumnis ini berbohong mendakwa tidak wujud pertembungan diantara golongan ulama dan golongan profesional maka para blogger membawa isu ini akan dituduh pemfitnah, bila para pemimpin Pas secara terbuka menyaran atau memberi amanat (bertembunglah itu!) untuk memilih kepimpinan ulama bagi jawatan-jawatan tertinggi parti bermakna kolumnis ini telah memfitnah blogger-blogger sebagai pembawa fitnah. Ini adalah contoh aktivis periuk belanga menjaga parti!

Wujudkah saluran parti, bila Tuan Guru Nik Aziz sendiri menulis pada Harakah digam ditapis dan disunting. Wujudnya saluran parti dalam Pas hanya untuk 3 kategori manusia, iaitu:
i. untuk sahabat sepuak atau orang-orang yang sama alirannya.
ii. untuk orang-orang yang bias atau loqlaq pendapatnya supaya senang ditangkis hujahnya.
iii. untuk kritikan-kritikan yang tidak memberi aib pada puak pemimpin ulama pilihan mereka.

Dalam Pas pencacai-pencacai biasanya mengangkat ulama-ulama tertentu secara berpilih dan membiarkan ulama-ulama yang lainnya. Contohnya, bila Nik Abduh menyatakan sokongannya kepada Tuan Hj Hadi dan mengaibkan Pas Kelantan dan TG Nik Aziz selaku ketuanya, yang juga ulama’! kemana perginya pencacai-pencacai ini, mengapa tidak dibela Nik Aziz selaku ketua Ulama’ Pas. Dan selaku orang tua pemimpin tertinggi Pas mengapa Hj Hadi tidak berperanan meredakan isu tersebut? Adakah kerana isu tersebut lebih menguntungkan beliau kalau berlarutan. Politik tetap politik, miang politik mabuk kuasa boleh terkena siapa saja walaupun ulama’, apalagi taraf ulama’ secara hakikinya tidak kekal..

Soalannya, bolehkah saya menggunakanl ayat-ayat kolumnis harakah iaitu tidak berakhlak, pengadu domba, jahil dan penakut pada pemimpin-pemimpin pro-ulama’
Berprofesional yang menggunakan akhbar arus perdana yang bukan saluran parti bagi mengeluarkan kenyataan bohong mereka yang diragui tujuannya??
Soalannya, kolumnis Harakah mendakwa Pas dan pimpinannya bersifat terbuka, bersedia menerima kritikan dan teguran terbuka, bolehkah dan beranikah Pas membuka laman web bebas dari pantauan, contohnya seperti laman web face books supaya penyokong Pas bebas menghantar teguran dan kritikan?? Atau,
Seperti umno rakan pro-ulama yang mengamalkan dasar kebebasan berpilih??
Soalannya, dakwaan trend golongan jahil blogger memfitnah dan mengaibkan pemimpin Pas – mengapa pemimpin atau pencacai tidak menjawab secara rasmi tuduhan blogger bagi membukti ia satu fitnah?? Fitnahkah bila blogger mengulas pembohongan, penyembunyian fakta, pelanggaran ethika para pemimpin Pas dalam kes muzakarah bersama umno? Kitab mana? Hadith mana? Yang mengatakan para pemimpin ulama boleh berbohong dan curang tanpa dipertanggungjawabkan??
Soalannya, bila pemimpin pro-ulama’ bercakap isu memperkukuh Pakatan Rakyat untuk menumbangkan umno dan BN, dalam waktu yang sama menuduh wujudnya golongan pro-Anwar dan erdogan yang merosakkan parti. Sedangkan pemimpin pro-ulama ini seperti al-Iraqi, al-Tantawi dan lain-lain dengan bebasnya menggunakan akhbar pro-umno sebagai platform melancarkan dakyah! Siapakah pengkhianat?? adakah pemimpin pro-ulama sakit? Mengalami delusi? atau gangguan personaliti? Schizophrenia? dua jiiwa satu badan? Hari ini kukuhkan PR, esoknya fraksi Umno? Pagi pro-ulama, petang fularmak? Bolehkah orang sakit jadi pemimpin?

Soalannya, berapa banyak soalan daa.. banyak pun bukan bulih depa jawab!

Fasal soalan ni teringat saya akan suatu ketika dulu di Jepun, seorang menterinya bila ditanya kewajaran sebuah jabatan dibawah seliaannya meluluskan kemasukan penyanyi barat Michael Jackson yang sedang meghadapi tuduhan pencabulan kanak-kanak untuk membuat persembahan di Jepun, ahkirnya telah meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti sebab gagal menjawab soalan tersebut.
Hanya dengan satu soalan menteri itu yang beragama shinto penyembah matahari dan nenek moyang telah meletak jawatan! Macammana dengan pemimpin kita??

Jangan harap la.. kecuali dalam mimpi atau cerita dongeng anak-anak pra sekolah! Pemimpin kita terlalu bagus, tidak mungkin mereka terfikir pernah silap dan khilaf, apalagi bila disokong dan dikipas oleh para pencacai-pencacai yang samada bejat sedari awal atau memang mendapat manfaat sebagai pencacai.
Apa yang penting pada mereka ini?? Pemimpin mereka menang atau islam yang menang? Mereka ini pejuang islam atau pejuang politik yang beragama islam??

Bagi saya, tidak perlu jadi alim umarak dengan serban dan jubah, mentafsir Quran dan Hadith, sekadar untuk mengatakan bahawa berpolitik atau main politik, berdalih, berbelit dan segala hal atas nama siasah politik itu bukan kerja atau tugas ulama. Tugas ulama adalah menyampaikan kebenaran dan haq dalam agama. Dengan rupa dan watak ulama politik sekarang yang meletak kepentingan siasah politik melebihi siasah dakwah agama, tidak memungkinkan islam menang walaupun Pas menang pilihanraya. Bahkan menjadi fitnah pada agama!

Saya benar-benar percaya, selagi alim ulama kita menyampaikan kebenaran dan haq dalam agama selagi itulah islam menang. Mungkin Pas kalah pilihanraya tetapi islam tetap menang selagi ulama menyampaikan haq dalam agama. Islam boleh menang dengan Pas, dan islam boleh juga menang dengan PKR, bahkan dengan DAP juga selagi dakwah alim ulama pewaris nabi kita sampai kehati mereka. Tetapi kalaulah ulama sekarang bukan orang yang benar… siapa lagi yang akan mengangkat agama?? Apa lagi kami yang cetek agama? Pada siapa kami akan gantung harapan??

Adakah masa depan agama mereka tergadai hanya kerana institusi ulama yang paling dihormati dan diyakini di negara ini goyah dan goyang kerana kerja-kerja politik segelintir pendokongnya?? Pikir-pikirlah tuan-tuan yang bijaksana… untung dan rugi perniagaan yang tuan ceburi!!

sam raspiut
Read more!

Sunday, May 31, 2009

SPOOKY ABDUH DAN KEPIMPINAN PRO ULAMA 'GANU.

rencana ini juga cerita lama, cerita basi yang dulunya telah disiarkan atas ehsan saudara TB dari blog malaysiawaves. terima kasih!!

Saya adalah dari daerah Besut, nak kata Terengganu bukan, nak kata Kelantan pun bukan, Orang Besut kata orang Kuala, kira-kira negeri atas pagar la… tak la sama macam Nik Abduh yang dengan sengaja menolak Kelantan dan barisan kepimpinan ayahndanya dan cuba beralih angin ke Terengganu yang terkenal dengan pemimpin ulamaknya yang khabarnya amat rajin beristikharah dan sering bermimpi jumpa nabi kononnya.. kita orang besut ni kira merdeka jiwa walaupun dianggap wilayah terbuang adanya..

Justeru itu, bila Nik Abduh begitu asyik memuji dan membela para kepimpinan Terengganu yang terjun dengan labu ajaib @ Kerajaan Perpaduan itu tidaklah pula kita rasa bangga… malah hairan juga lah adanya, samada si Abduh ini faham atau tidak maksud Kerajaan Perpaduan yang tidak pernah diterangkan dan diperinchi atau dimetrikkan oleh pemimpin ulamak yang diwala’kannya itu. Tertanya-tanyalah kita, hebat sangat ke idea Kerajaan Perpaduan atau Unity Government ini sampai bulih jadi penyelesai kemelut politik negara ini dan jugak masalah umat Islam melayu negara ini yang makin ramai sesat dan murtad? Hebat sangat ke Unity Government ini, agak-agak sama tak karutnya dengan konsep trinity yang diimani oleh para pengasas sistem demokrasi ini sampai si Abduh tergamak memaki hamun penyokong dan pendokong PAS yang amat dikasihi oleh ayahndanya?

Walaupun dari rimba mana si Nik Abduh ni datang memang tidak syak lagi dia anak Menteri Besar Kelantan kerana telah berbinkan Nik Aziz Nik Mat dalam IC pintar bermutu tingginya. Tapi, bagi penyokong dan orang yang mengasihi bapa beliau sebagai Tuan Guru dan Pemimpin Islam Kelantan yang disegani pasti susah nak percaya Tuan Guru ada anak yang bermulut cabul seperti beliau. Malah setiap rakyat Kelantan yang menyokong Tuan Guru mengasihi beliau sebagai seorang orang tua atau bapa atas sifat tinggi ilmunya, tidak mungkin mengaibkan beliau walaupun apa kaedah dan keadaannya... manakala si Nik Abduh yang bangga amat berayandakan Menteri Besar Nik Aziz ini memilih untuk menyerang sewaktu orang tua itu nun jauh di Mekah… kira licik jugek la pelan tu, haprak punya anak.

Kalaulah benar apa yang di tohmah si Abduh ini, mengapa tidak beliau gunakan kedudukannya sebagai timbalan ketua pemuda Pas Kelantan dan anak Menteri Besar Kelantan untuk menegur dan menasihati ayahndanya dan kepimpinan negeri Kelantan melalui muzakarah atau muqabalah yang kaedahnya di perakui oleh UMNO dan sekutu Terengganunya. Kecuali beliau tidak berupaya atau sebagai anak dia masih kurang baliq dan kurang akalnya walaupun sudah tua bangka untuk mencampuri urusan dan perbincangan orang tua-tua. Siapakah yang dimaksudkan Abduh orang-orang disekeliling bapanya? Pastinya para pemimpin Pas dan rakan-rakan syura ulamanya, anak dirumahlah layaknya. Sebagai pemimpin Islam sejati, sudah pasti beliau meminta dan memdengar pandangan pemimpin bawahan dan memgelakkan anak-anak dan keluarga mempengaruhi beliau, Pas adalah amanah rakyat kepada beliau bukan industri keluarga. Jadi selayaknya lah Tuan Guru membataskan ruang dan peluang anakndanya si Abduh dari melonjakkan kerjaya politiknya semata-mata kerana beliau, dengan lagak si Abduh ini pasti purak puranda lah kepimpinan negeri Kelantan jadi akhirnya.

Bila spooky Abduh ini melaknatkan para penyokong disekeliling TGNA kononya menyesatkan ayahndanya, bermakna boleh juga ditafsirkan TGNA sebagai pemimpin yang lemah dan tidak lagi berupaya menjadi pemimpin teladan yang menjadi penyuluh rakyat Kelantan dan PAS umumnya, juga boleh dianggap pemimpin sesat yang memimpin segolongan penyesat yang tidak mewala’ kan beliau sebagai Tuan Guru dan pemimpin agama. Kenyataan akhbar spooky Abduh telah membayangkan dengan jelas TGNA sebenar menyokong Kerajaan Perpaduan gagasan pemimpin bertaraf ulamak Hj Hadi Awang, tetapi tidaklah mampu menyuarakan sokongannya kerana telah tersesat akalnya oleh orang-orang (atau orang laknat itu?) disekelilingnya. Spesis janggut kambing mana la yang boleh percaya dengan dongeng wayang kulit macam ni? Kitab mana dan hukum mana pulak la yang telah dipakai spooky Abduh ni bagi memfardukan Kerajaan Perpaduan dan usaha muzakarah menyelamatkan melayu sampai kalau menolaknya boleh dilaknati tuhan… sah rosak saraf budak ni..

Benar atau tidak kenyataan spooky Abduh ini tidaklah penting sangat, tetapi hakikatnya tuduhan ini yang dibuat sewaktu ketiadaan TGNA yang masih sihat dan waras fikirannya bagi menjawab tohmahan adalah bersifat fitnah jahat untuk menghina TGNA dan barisan kepimpinan yang mendokong perjuangan beliau. Inilah yang dikatakan fitnah derhaka lidah biawak namanya, maka benarlah dikatakan iman itu tidak mungkin diwarisi.

Soalnya apa keuntungnya spooky Abduh menggasak bapanya sedemikian rupa, penting sangat ke isu kerajaan perpaduan yang dilihat seperti usaha mencurah minyak bagi memarakkan bara Hj Hadi yang hampir padam, yang beliau sendiri pun bila ditanya maksud terperinchinya tergeliat-geliat lidah nak menjawabnya. Boleh ke isu ini membawa kerjaya politik Nik Abduh melonjak mengatasi para pembantu TGNA yang tidak ulamak dan Edorgan itu sebagaimana anggapan penyokong kepimpinan ulamak Terengganu.

Apapun isu ini disambut gembira oleh penyokong Pas Terengganu yang menganggap kerjaya politik pemimpin ulamak yang di wala’ mereka banyak terbantut disebabkan pengaruh TGNA. Maka boleh lah dikata Nik Abduh dan kabilah al-wala’ Terengganu mempunyai asas kepentingan yang sama diatas kerosakan pengaruh dan peribadi Tuan Guru Nik Aziz hasil dari isu sesat ini. Bertepuk-tepuk gembiralah UMNO dan hubayanya bila diketahui rupanya mereka ada pencinta rahsia yang panjang-panjang belaka janggutnya sedang berusaha meminang mereka secara sah dan terbuka setelah beberapa kali berdating secara rahsia...

Adapun kita orang Besut ini rata-ratanya berfikiran terbuka.. tetapi kita amat bersimpati dengan Tuan Guru dan pengikut-pengikutnya yang telah dilabelkan sebagai Kumpulan Edorgan oleh rakan-rakan anaknya dari Kabilah al-wala’ dari Terengganu, hanya semata-mata kerana tidak mewala’kan pemimpin mereka, serta kurang keulamakan mereka kerana tidak dari pengajian aliran agama, tidak berserban dan tiada penambahan riak dihujung nama seperti al-iraqi, al-tantawi, al-fatani dan seumpamanya sepertimana barisan kepimpinan ulamak dari Terengganu.

Walhal kita-kita dari Besut ini turut berbangga dan teringin benar kalau juga digelar Edorgan, pasti gah. Edorgan walaupun tidak bergelar ulama’, bahkan jarang-jarang dapat mendengar azan dinegaranya yang sekular itu sanggup berjuang menegakkan islam walaupun terhad ilmu agamanya, malah sanggup berdepan memaki pemimpin yahudi. Apalah sangat kalau kita nak bandingkan dengan kepimpinan bertaraf ulamak kita yang berusaha keras cuba membawa negara kita yang Islam agama rasminya kearah negara Islam sekular melalui gagasan Kerajaan Perpaduan dan Dasar Assobiyyah Melayunya.

Hebat sangatkah gelaran kepimpinan bertaraf ulamak yang sangat dibanggakan oleh penyokong Pas Terengganu ini sehingga mengabaikan jasa pemimpin lain yang turut berjuang menyampai dakwah islam, yang kebanyakannya bekerjaya profesional iaitu mereka tidak menyara hidup menjaja agama dan tidak seperti mana-mana ulamak profesional yang agama dan politik adalah kerjaya rasmi mereka, tiada pun salah dengannya lagi moleklah adanya.
Tetapi, tidak perlulah memandang rendah pemimpin lain yang tidak sealiran dan sehaluan sehingga meminggirkan dan meremehkan sumbangan mereka dalam kerja agama. Jangan diukur baik dan buruk mereka melalui paras rupa, serban dan jubah, banyaknya kitab yang dibaca dan brand ijazah mereka. Bukankah orang mengiringi nabi s.a.w memasuki syurga adalah Bilal bin Rabah, cuma seorang hamba hitam yang tidak sebanding sahabat lain. Jadi, sudah-sudahlah mewala’kan pemimpin membuta tuli. Ulama’ pewaris nabi disisi tuhan bukanlah gelaran kekal, taraf ulama’ harus terus diperbaharui dengan usaha agama dan teladan kepimpinan yang berterusan, bukannya auto wala’ kerana cerita-cerita pemimpin sering bermimpi jumpa nabi. Para penyokong Pas sekarang sudah cukup matang dan waras menangani urusan ghaib sedemikian, manakala para spesis yang terkena sindrom wala’ pastinya pupus perlahan-lahan.

Bukannya kita tolak idea wala’ ni,bagus wala’kan pemimpin ini khususnya bagi pemimpin agama. Tapi terlebih wala’ jadi taksub, menyebabkan pemimpin jadi kebal dan mudah melakukan kesilapan kerana tidak boleh ditegur dan dianggap benar dalam segala hal. Sedangkan taraf ulama’ seseorang pemimpin agama itu bergantung pada margin kesilapan dalam menangani isu-isu agama. Kalau pemimpin ulama’ boleh melakukan kesilapan kerana dianggap ada hikmah disebaliknya, maka kaedahnya kita sama dengan pemimpin UMNO yang beraja dimata dan melanun dihati. Kaedah wala’ tak bertempat ini adalah fitnah pada agama, kalaulah terjadi demikian apa bezanya kita dengan pengikut Ayah Pin yang setengah mati mewala’ kan pemimpinnya itu.

Cuba kita lihat persamaan dan perbezaan mudah diantara Kabilah kerajaan langit Ayah Pin dan Kabilah wala’ Terengganu. Persamaan mudahnya satu, iaitu kedua kabilah ini pengikutnya sama-sama wala’ kan pemimpin setengah mati. Banyak tenaga dan usaha memerah fikiran mencari dalil dan hujah membela kesilapan pemimpin tahap hampir maksum mereka. Pada mereka pemimpin merekalah paling hampir dengan tuhan, bala’ lah bagi mereka yang engkar. Tiadalah orang lain yang lebih baik dan benar kecuali pemimpin mereka yang lebih benar semata-mata benar.

Perbezaan mudah diantara keduanya pula ialah, Ayah Pin dari kerajaan langit telah melakukan segala pelanggaran hukum samada logik akal, undang-undang mahupun agama dan telah mengistiharkan bukan Islam. Disebaliknya pula bagi kabilah wala’ Terengganu, pemimpin ulamak mereka hanya melakukan satu dua atau mungkin tiga kesilapan kecil sahaja, iaitu yang pertama menduakan iman dan memperduakan masjid diserata negeri Besut dan Terengganu akibat isu kafir mengkafir hasil ceramah dan nukilan beliau yang dimashurkan sebagai ‘Amanat Haji Hadi’ yang kemudiannya pada pasca PRU 9 & 10 beliau sahkan ralat sebagai petikan dari buku mutiara hadith terbitan JPM. Kita orang Besut tak akan lupa isu ini, kerana saya adalah antara remaja pertama yang menjadi makmum solat jumaat pertama dimarkaz Pas kampung saya yang bertukar menjadi masjid pertama Pas dibesut sebagai alternatif kepada masjid kerajaan yang iman dianggap kafir dan terkeluar agama pada waktu itu. Hasilnya imam yang kebetulannya sepupu tua saya dan siaknya dipenjarakan 3 bulan kerana mempertahan amanat pemimpin ulamak kita itu. Allhamdulillah beliau telah meninggal beberapa tahun kemudian tanpa mengentahui kesudahan babak terakhir sandiwara amanat tersebut.

Kesilapan kecil kedua, iaitu sebaik memenangi PRU 10 pemimpin ulamak Terengganu kite tanpa penerangan yang jelas telah mengeluarkan arahan supaya menutup semua masjid kedua Pas dan kembali pada masjid negeri, yang bermaksud imam-imam masjid kerajaan yang dulunya kafir atau terbatal akidahnya kembali menjadi islam secara automatik sebaik sahaja Tuan Guru Ulamak Pas kita memerintah negeri, sebagai bonus terimakasih kerajaan baru la gamaknya. Maka habis meracau, bengong dan dungu lah adanya pengikut Pas Besut memikirkannya dan ada yang sampai sekarang masih tercari-cari kitab mana yang Hj Hadi pakai sebelum dan selepas PRU 10.

Maka, bila tiba kesilapan kecil yang ketiga iaitu isu muzakarah, assobiyyah melayu itu islam dan unity government atau trinity… kite dah tak hairan lagi dah kitab mana demo pakai. Malas dah nak pikir muslihat dan matlamatnya. Biarlah si wala’-wala’ nya terjun dengan labu besarnya, kita ni orang jahil tak larat pun nak tegur ulaamak besar. Cuma kita hairan spooky Abduh yang berbapakan Tuan Guru Nik Aziz ini pun bulih terpikat dengan idea yang karut marut seperti ini. Setelah merenung seketika barulah kita paham hakikat bahawa setandang kelapa misti setidak-tidak ada sebiji nyior komengnya. Bahawa spooky Abduh ini dah lama mengidam tempat yang lebih baik dalam kepimpinan Kelantan, tetapi nampaknya telah diisi oleh edorgan-edorgan muda yang ternyata lebih baik dari beliau, bahkan lebih dipercayai oleh ayandanya. Maka kena celup jadi ulamak juga la sebab aura Tok Guru ulama’ kampung pakaian ayandanya kurang berprofesional sikit kalu nak banding dengan pemimpin ularmak Mustafa Ali dan para rakan ulamaknya dari Terengganu, barulah ada peluang menolak edorgan- edorgan yang tidak ulamak disekeliling ayandanya.


Kalaulah berjaya si Abduh ini, maka bulih lah dia menjadi ahli kelab Legacy Pemimpin Perdana yang masing-masing mempunyai wakilnya, iaitu KJ yang menyambung legacy Tun Lah, Mukriz mewakili Tun Det, Nurul Izzah, Lim Guan Eng dan lain-lain. Mereka ini rata-ratanya begitu menyerlah wibawa, karisma kepimpinan mahupun eloknya rupa paras. Kalaulah nak dibandingkan dengan mereka ini agak ketinggalan lah Nik Abduh didalam kerajaan perpaduan nanti, walaupun lagak dan gaya ada, tetapi agak huduh dan kurang sesuai sikit kalau Abduh nak bawak aura kepimpinan ulama’, dengan paras dia tu susah la sikit orang nak wala’.. terlebih spooky adanya dia.
Read more!

Friday, May 15, 2009

CERITA LAMA ORANG ALIM 'GANU

rencana ini cerita lama, cerita basi yang dulunya saya tulis kepada sebuah akhbar pro Pas, tetapi tidak disiarkan.. mungkin penulis yang tak dikenali jarang berpeluang meluahkan pendapat di akhbar ini, apalagi pendapat yang melawan arus!! Jadi saya siarkan dilaman ini sebagai pembuka tirai.. setidaknya untuk saya mengenang kembali usaha pertama menulis meluah pendapat!!

SURAT TERBUKA UNTUK AHLI DAN PIMPINAN PAS,

Saudara Pengarang,

Apa sudah jadi dengan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, apa sudah jadi dengan Pas? Beria-ia bertandang ke belakang dapur Umno, kelibat jubah mudah dilihat walaupun besembunyi di balik bayang-bayang. Drama lawak versi mana yang sedang digarap atau versi keliru sebagaimana drama Sepet yang digarap oleh sutradara Yasmin Ahmad? Walauapapun apa matlamatnya, Pas dan kepimpinananya bukan pihak yang sesuai menggarap drama politik berhelah dan bermuslihat, mereka sepatutnya dilihat sebagai teladan politikus islamis yang penuh keterbukaan dan tegas dengan prinsip perjuangan.

Sebagai rakyat saya amat kesal bila Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (TGHA) sebagai pemimpin agama bila ditanya pemberita Harakah berkenaan nasib Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSA) dalam menghadapi kes tuduhan liwat hanya menjawab dengan ringkas, dingin dan dalam nada yang memperlekeh isu yang menjadi fokus perhatian rakyat iaitu; serah kepada kebijaksanaan dan keadilan mahkamah. Syabas! Itu adalah satu pernyataan yang cukup kuat untuk memulakan episod baru drama politik hebat pada dekad ini. Walhal beliau dan seluruh pimpinan Pas tahu dan cukup berpengalaman dalam mentafsir status dan mutu keadilan mahkamah bagi kes-kes yang melibatkan kepentingan politik pemerintah. Apatah lagi kes DSA yang diketahui umum sebagai berkemungkinan satu konspirasi politik yang telah menafikan haknya mendapatkan perbicaraan dan keadilan yang sewajarnya.

Jadi, apakah komen yang selayaknya harus keluar dari mulut seorang pemimpin agama seperti TGHA? Kami sebagai rakyat pastinya amat berharap sebagaimana pemimpin hebat lain khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) seperti Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), Guang Eng dan lain-lain yang memperhalusi dan memperjelaskan pendirian mereka pada keperluan keadilan yang mutlak dalam situasi kes DSA yang lebih dilihat sebagai ‘knock-out’ politik! kalaupun tidak sebagai rakan pimpinan PR, tapi beliau sebagai pemimpin agama harus mampu memberi kata-kata yang lebih baik yang dapat meredakan kegusaran rakyat bahawa keadilan itu masih ada ruang secukupnya sekiranya DSA berada dipihak yang benar, kalaupun tidak di mahkamah BN setidaknya di mahkamah minda rakyat pengganut Islam kususnya. Bukankah begitu fungsinya ulama’ yang menghilangkan kekeliruan, kerisauan dan kesedihan umat?, membela maruah umat Islam yang jelas sekali tercemar kerana tuduhan kes tesebut, samada palsu atau benar, samada DSA rakan atau lawan dia tetap orang Islam yang berhak mendapat perhatian sewajarnya dari ulama’ dan pemimpin agama yang setiap kata-kata dan pandangan mereka ditunggu oleh rakyat, bukan sekadar kata-kata yang membayang maksud dan hasrat yang tersirat sebagaimana pemimpin Umno yang tidak sabar menumpaskan ikon reformasi ini bagi membendung kebangkitan rakyat sebagai fenomena sementara.

Mengapa begitu kaku, dingin dan agak egoist sesetengah pemimpin tetinggi parti agama ini dalam menaggapi isu DSA. Apakah matlamatnya, apakah kepentingan strategik yang boleh diraih dari isu DSA yang meloyakan minda rakyat yang beragama Islam ini? Adakah semata-mata hanya untuk membuka ruang muzakarah atau muqabalah bagi membela maruah orang melayu, raja melayu dan Islam khususnya? Apakah selari dengan kehendak rakyat yang cuba diwakili sebagai pemimpin agama dan ahli parti yang diwakilinya? Mengapa sekarang baru perlu adanya ruang bermuzakarah, mengapa tidak 10 atau 20 tahun dahulu sewaktu umat Islam Malaysia mula parah berpecah-belah, berkafir-kafiran seperti di Terengganu umpamanya. Apakah Pas sekarang berbeza dari Pas dahulu atau Umno baru ini sudah Islam setara seperti yang dituntut dahulu dan mengapakah pula TGNA begitu bertegas supaya usaha ini dihentikan segera!

Saya cuba memahami keadaan ini dengan menyoroti kembali sejarah perjuangan TGHA sedari akhir 70an dan awal 80an sehinggalah sekarang dari sudut pandangan saya anak jati Terengganu. Sewaktu itu TGHA sedang mengharum sebagai tokoh pimpinan muda Pas yang membawa angin perubahan atau reformasi yang membawa stuktur kepimpinan Pas kepada kepimpinan ulama’. Beliau bukan sahaja hebat sebagai tokoh ulama’ muda malah amat hebat berpidato dimana setiap pidatonya yang berlandaskan Al-Quran dan Hadith mampu menarik puluhan ribu hadirin pada waktu itu, tidak mampu ditandingi mana-mana pemimpin lain sehinggalah penonjolan DSA pada era reformasi.

Saya sendiri pada waktu itu diusia awal remaja tidak ketinggalan mengikuti bapa saya kemana sahaja menghadiri ceramah beliau dan pimpinan Pas Terengganu lain di daerah kami, Besut, Terengganu dan sehinggalah pada hari ini walaupun tidak pernah menjadi ahli Pas tetapi tetap menyokong Pas pada lima pilihanraya umum (PRU).

Pada waktu itu, pada setiap ceramah TGHA dan para pengikutnya dipenuhi oleh petikan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang menerangkan pentingnya orang Islam beriman secara mutlak dengan menolak segala bentuk kemungkaran, pemerintahan, perundangan dan cara hidup yang lain selain dari Islam sebagai keterpesongan akidah, dan dimanifestifikasi sebagai ‘Amanat Haji Hadi’ (AHH). Pada setiap ceramah, ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan hukum-hukum Islam yang dibacakan akan disahut oleh hadirin samada dengan laungan takbir atau kafir, kafir dan kafir. Fenomena ini telah mendorong pengikut-pengikut Pas Terengganu pada ketika itu secara taksub mengkafirkan orang Umno yang mana mereka tidak lagi dianggap sebagai orang Islam yang tulin, diharamkan sembelihan mereka, diharamkan sembahyang berimamkan mereka dan tidak wajib lagi menziarah matinya mereka.

Bersama bapa, sanak saudara dan orang-orang kampung lain yang sehaluan, saya antara remaja yang menjadi makmun terawal mendirikan solat jumaat secara berasingan di markas Pas tidak jauh dari masjid utama kampung kami. Imam reformis Islam ini pula iaitu saudara sepupu tua saya sanggup dipenjrakan selama tiga bulan bersama rakan siaknya kerana mempertahankan tindakanya mengimamkan solat jumaat kedua tersebut. Masyarakat Islam Terengganu di Besut khususnya terbahagi kepada dua fahaman tanpa mengira pertalian darah atau ikatan persaudraan hanya semata-mata untuk memilih menjadi Pas atau Umno, itulah pengorbanan mereka ahli-ahli Pas kepada angin reformasi yang dibawa oleh pimpinan ulamak pada ketika itu.

Perpecahan trajis ini berlaku dengan restu, selama lebih 20 tahun tanpa bantahan atau teguran dari pimpinan Pas ketika itu, malahan boleh dikatakan setiap markas Pas di Besut khususnya bertukar menjadi Masjid Pas. Saya fahaminya sebagai ekstrimis yang boleh diterima dan amat dialu-alukan bagi kelangsungan momentum kepimpinan Pas Terengganu di persada politik tanah air yang menenggelamkan bakat dan pengaruh kepimpinan Pas negeri lain yang lebih lembut dan berhemah.

Penonjolan TGHA sebagai pemimpin ulama’ besar Pas pada ketika itu dimanfaat kan sepenuhnya oleh pengikut-pengikut rapat beliau yang dahulunya adalah pemimpin-pemimpin kecil kampung berkerjaya guru, guru agama, guru swasta dan peguam syarie yang diberi label baru sebagai sebahagian dari barisan kepimpinan ulama’ yang kemudiannya mendominasi Pas Terengganu dan seterus Pas pusat. Boleh dikatakan mereka inilah yang menjadi benteng pemisah diantara TGHA dengan kelompok pimpinan lain. Dominasi kumpulan ini diperingkat pusat lebih ketara dengan kemasukan golongan professional Pas sebagai barisan pemimpin muda yang lebih opurtunis dan moderate, yang menganggap kelangsungan politik melebihi prinsip-prinsip perjuangan Islam Pas itu sendiri, mereka ini secara kolektif telah membentuk pendapat dan halatuju TGHA sebagai pemimpin utama Pas yang telah menggerakkan usaha muzakarah ini.

Kembali kepada sejarah, kemenangan Pas Kelantan bersama Semangat 46 dalam pilihanraya umum ke-8 telah mengangkat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan sekali gus menonjol bakat kepimpinan baru Pas di persada politik tanah air dan juga di dalam Pas sendiri.

TGNA walaupun super senior di dalam Pas tetapi tidak begitu menonjol di luar Kelantan sebelumnya, kerana ia hanya lebih dikenali sebagai ulama’ Kelantan yang agak kampungan pada pandangan orang luar, begitupun pada orang Kelantan ia adalah tempat rujuk paling afdal berbanding kredibiliti beliau sebagai politikus Pas. Penonjolan beliau sebagai Menteri Besar Ulama’ pondok mengejutkan banyak pihak malah tidak kurang di dalam Pas sendiri, tetapi berkat ketulusan beliau, kesederhanaan beliau dalam apa juga keadaan dan juga ketegasan beliau dalam menangani isu-isu yang melibatkan agama mengangkat beliau sebagai pemimpin teladan yang meletakkan kepentingan agama, rakyat dan negeri Kelantan melebihi segala-galanya. Disebalik ketrampilan beliau yang begitu sederhana sebagai ulama’ pondok tindakan dan pemikiran beliau amat jauh terkehadapan dalam menangani isu-isu ummah. Islam ditangan TGNA begitu syumul mengetepikan segala fahaman moderate dan liberalisma islam.

Sesungguhnya TGNA telah memulakan era kepimpinan ulama’ melalui teladan yang sungguh jitu dan standard kepimpinan ulama’ yang diasaskan beliau sungguh tinggi dimana nilai-nilai kepimpinan beliau melampaui sempadan negeri dan bangsa. Maka berduyung-duyunglah rakyat khususnya orang bukan islam dari seluruh pelusuk Negara turun ke Kelantan untuk menyaksi, menilai dan mengagumi darjat kepimpinan beliau sekali gus menjadi kayu pengukur kepada pencapaian pemimpin lain. Fenomena TGNA ini bukan sahaja mengangkat martabat Pas sebagai fahaman politik dinamis yang berteraskan Islam bahkan mencetuskan inspirasi semangat keadilan kepada parti-parti politik lain yang bukan BN dan tanpa sedar sebenarnya Pas dan fenomena TGNA yang telah menggerakkan momentum kebangkitan rakyat sedari awal.

Walaubagaimana pun, penonjolan TGNA melalui teladan kepimpinan ini sedikit sebanyak telah menenggelamkan kredibiliti TGHA yang terdahulunya berpaksi kepada semangat reformis Islam mutlak yang menjadikan sekularisma dan orientalisma di dalam struktur pemerintahan Negara sebagai sasaran mudah serangan dan kemudiannya meletak beliau sebagai imej pencetus ekstrimis di dalam Pas. Sesungguhnya, agak lama Pas Terengganu dibayangi oleh pencapaian Pas Kelantan dan keadaan ini tidak begitu disenangi oleh kelompok opurtunis Pas Terengganu yang menguasai Harakah, lidah rasmi Pas yang tidak galak menonjolkan kelebihan, kejayaan dan ketokohan TGNA dan Pas Kelantan yang seharusnya dijual sebagai produk utama Pas.

Akhirnya, peluang untuk TGHA dan pimpinan Pas Terengganu menonjol kembali ketokohan mereka telah tiba pada PRU ke 10. Umno yang sakit tenat dengan krisis kepimpinan telah menghadiahkan kemenangan dengan memberi undi protes kepada Pas. Maka bergembiralah Pas Terengganu dengan juak-juaknya berdendang seribu harapan dan angan-angan. Kemenangan besar Pas dalam PRU ke 10 bukan saja mengubah senario dan geografi politik Pas malah turut mengubah cita-cita dan selera pimpinan Pas Terengganu. Gembar-gembur ‘Pas Kelantan untuk Kelantan, Pas Terengganu untuk Malaysia’ mula kedengaran, model kepimpinan dan konsep pentadbiran yang cuba ditonjolkan harus mempunyai impak yang lebih besar berbanding produk Pas Kelantan dan harus menjadi ‘rule model’ kepada negeri-negeri lain umumnya.

Bila muktamar Pas pada tahun tersebut diadakan di Kuala Terengganu saya turut hadir sebagai pemerhati, melihat sendiri bagaimana adun-adun Pas Terengganu berarak datang dengan mengenderai Mercedes-mercedes mewah, ghanimah dari kejatuhan Umno Terengganu, melihat sendiri bagaimana adun-adun ini yang dulunya berlabelkan politikus ulama’ yang selesa dengan kupiah dan jubah kumal kini datang bermuktamar dengan penuh gaya dan ketrampilan VIP, berjubah mahal dan sesetengahnya ber‘bush jacket’ menzahirkan sebahagian dari hasrat yang dulunya tersembunyi di sebalik jubah. Saya mengamati peristiwa-peristiwa itu dengan tanggapan sebagai bermulanya kronikal dan kejatuhan kerajaan Pas Terengganu.

Bermula dari cita-cita ‘Pas Terengganu untuk Malaysia’ dan juga menyedari kemenangan Pas hanyalah sedekah dari pengundi Umno, Pas Terengganu memulakan strategi memikat pengundi-pengundi Umno supaya terus kekal bersama Pas dengan menyediakan ruang dan peluang yang amat selesa untuk orang-orang Umno demi menzahirkan tanggapan segala apa yang mereka perolehi bersama Umno dulu juga mampu diperolehi bersama Pas. Mereka, pemimpin-pemimpin opurtunis Pas ini bersama suku-sakat Umno yang cuba dibeli bersama-sama membolot saki-baki kekayaan negeri lantas meminggir pengikut-pengikut bawahan Pas.

Tidak seperti Pas Kelantan yang menggalakkan rakyat membuka tanah-tanah pertanian baru secara berkelompok, Kerajaan baru Pas Terengganu tidak mengalakkan pembukaan tanah-tanah baru sewenang-wenangnya atas alasan pengikut Pas Terengganu berjuang untuk agama bukan untuk harta benda dan menghantar mesej ini keluar sempadan Terengganu sebagai ketelusan dan ketulusan kerajaan baru. Mereka, pengikut-pengikut bawahan yang jauh dari pimpinan Pas sekali lagi dinafikan hak khususnya untuk mendapat tanah-tanah pertanian dan kediaman setelah berpuluh-puluh tahun dinafikan hak hatta bagi mendapatkan subsidi baja sekalipun di bawah pemerintahan Umno, mereka hanya melihat dari jauh pesta pembahagian ghanimah yang sebahagian besarnya dianugerah kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan kroni pimpinan atas nama pembangunan negeri.

Opurtunis-opurtunis Pas ini sekali lagi menjual Terengganu Darul Iman sebagai ‘role model’ dengan mempengaruhi TGHA selaku ketua negeri yang telah mengarahkan masjid-masjid haram Pas yang sebelumnya halal ditutup selama-lamanya dan makmum nya dibolehkan kembali berimamkan orang Umno dan dibolehkan kembali memakan sembelihan yang dulunya diharamkan melalui ‘Amanat Haji Hadi’. Pimpinan Pas Terengganu rupanya kembali tersedar bahawa pengundi Pas dan Umno masih lagi berpegang pada kitab dan tuhan yang sama! AHH hanyalah kesilapan teknikal, tersilap cetak dan palsu semata-mata! Inilah imej kepimpinan melalui teladan yang cuba diketengahkan oleh kerajaan baru Pas Terengganu bagi mengimbangi dominasi pimpinan Pas Kelantan dan seterusnya bakal menumbangkan kerajaan persekutuan BN pimpinan Tun Mahathir Mohamed pada ketika itu.

Bagaimana pula kami yang menyakini AHH sebelumnya? Terpesongkah kami? Berdosakah kami yang telah mengkafir saudara-saudara sedarah kami dalam Umno? Memang TGHA tidak pernah mengkafirkan mereka, tapi amanat beliau yang mendorong kami mengkafirkan mereka dan mengharamkan sembelihan mereka! Sebahagian besar dari kami juga tidak pernah mengkafirkan mereka dari Umno, tetapi menjadi Pas ketika itu bermakna kami mengkafir mereka melalui pemisahan hidup harian kami dari mereka, memutuskan sillaturrahim dengan mereka bila masjid kami berlainan dan khenduri-khendara mereka tidak kami raikan. Apa yang harus diyakini sekarang kepada saudara-saudara kami yang telah mati? Mati kafir atau mati Islam kah mereka? Apakah kesilapan ini boleh dilupakan ditelan masa atau mereka sesungguhnya akan kembali Islam sebaik sahaja Pas berkuasa memerintah negeri dan Negara.

Bapa saya yang seumur hidupnya pengikut Pas yang bekorban apa saja demi parti dan pernah berjuang bersama parti Rakyat bila Dato’ Asri membawa Pas bersama Umno menubuhkan kerajaan Perikatan, akhirnya selepas PRU ke10 kembali kepada saudara-saudara dan rakan-rakan Umno yang sekian lamanya dibuang, tapi malang bagi beliau tindakannya disalah tafsirkan dan telah diprovokasi oleh beberapa pemuda Pas yang berakhir dengan insiden pergaduhan. Bapa saya yang ketika itu berumur lebih 70 tahun terpaksa meninggalkan rumahnya di kejiranan pondok agama yang diasaskan oleh salah seorang pimpinan Pas Terengganu. Sehinggalah sekarang beliau masih dianggap pembelot walaupun tidak pernah menjadi ahli Umno. Mungkin inilah yang dikatakan fenomena perjanjian Hudaibiyyah pasca PRU ke10 dalam bentuk baru!

Akhirnya dalam PRU ke 11, Pas Terengganu tewas kembali. Sebagaimana Umno, Pas tewas kepada penyokong bawahannya yang sudah jelak dengan ketandusan jiwa dan ilmu kepimpinan di dalam Pas Terengganu. Mudah menjadi juara reformis Islam di dalam masyarakat yang taksub agama seperti di Terengganu, tetapi memenangi pilihan raya dan memerintah perlukan lebih dari sekadar bakat petah berpidato, ia memerlukan kemurnian hasrat, ilmu dan pengentahuan pentadbiran yang rata-rata tiada pada pimpinan Pas negeri Terengganu.

Dan sekarang, selepas gelombang kebangkitan PRU ke 12 mengapakah cita-cita Pas Terengganu ini bangkit kembali sedangkan mereka telah dianggap tewas walaupun Pas dan rakan-rakan PR menang besar di seluruh Negara. ‘The voter has spoken’ keputusan PRU telah pun menjelaskan aspirasi rakyat. Cukuplah di Terengganu.

Gelombang kebangkitan rakyat pada kali ini amat menyeluruh yang hasilnya nanti pasti dapat diramal oleh setiap rakyat. Umumnya mengentahui gerakan ini hasil dari ketidakpuasan hati rakyat khususnya golongan bukan melayu terhadap kelemahan pimpinan Negara, bukannya momentum kehebatan mana-mana pemimpin. DSA cuma ikon yang menyatukan kebangkitan rakyat dan pengundi di luar PR. Namun harus ingat untuk mengetuai kebangkitan rakyat berbilang kaum dan seterusnya mengganti kerajaan sediada bukan sahaja memerlukan ketokohan tetapi pemimpin mana yang lebih sesuai!

Lim Kit Siang amat berpengaruh mengemudi DAP tetapi dilihat tidak sesuai memerintah Malaysia malah Pulau Pinang sekali pun. TGHA pula telah dilihat sebagai bekas tokoh ekstrimis yang kini didampingi golongan opurtunis Pas, golongan ini dilihat amat bernafsu mengangkat TGHA melebihi kemahuan beliau sendiri. Manakala TGNA pula difahami berminat untuk Kelantan sahaja, walaupun rakyat berbilang kaum mungkin sanggup berkompromi demi beliau. Hanya DSA yang dianggap sesuai, yang boleh dan sanggup menanggani arus kebangkitan berbilang kaum ini.

Jadi, boleh difahami mengapa kelompok opurtinis Pas sanggup melihat dan menganggap kes tuduhan liwat DSA hanya sebagai tuduhan biasa seolah-olah reputasi akhlak beliau memang layak dituduh sedemikian. Menghantar DSA kepenjara atau menghapuskan imej beliau sebagai pemimpin berakhlak akan memberi ruang kosong kepada pilihan tokoh yang layak memimpin PR. Ketokohan TGHA dimata masyarakat Islam Malaysia dan Negara-negara Islam yang lain memberi ruang yang cukup besar kepada gerombolan opurtunis ini bermimpi sebagai orang kuat Perdana Menteri. Ghanimahnya pasti lebih besar berbanding apa yang diperolehi dengan memerintah Terengganu yang kehilangan royalti minyaknya, cuma mungkin mereka lupa kemenangan PR kali ini adalah kemenangan pengundi bukan melayu.

Jadi apakah keperluannya bermuzakarah? Mengapa assabiyyah melayu yang sekular, yang orientalis, yang dulunya diperangi kini dirunding keharusannya dan kewujudannya dalam kontek Islam yang merupakan prinsip asas perjuangan Pas.

Jawapannya mudah! Sekiranya Umno dan BN gagal membendung DSA dari menubuh pakatan kerajaan baru, maka gerombolan opurtunis dibelakang TGHA ini akan mempunyai ruang yang mencukupi untuk tawar menawar dengan Umno bagi mengekal kerajaan yang ada. Walaupun tidak jawatan TPM untuk TGHA sekurang-kurangnya jawatan-jawatan menteri dan timbalan menteri pasti didalam gengaman. Begitupun, mampukah mereka menahan para MP bukan melayu yang lari keluar dari BN disebabkan terkejut dengan kehadiran mereka? Sedarkah mereka pergabungan Pas acuan pimpinan Terengganu dan Umno Islam hadhari acuan Pak Lah Cuma membentuk pakatan Islam minoriti ketika ini. Mampukah mereka mentarbiyah Umno hadhari yang menjadi kemelut orang Islam melayu atau mereka yang ditarbiyyahkan oleh Umno hadhari.

Kalaulah benar ini adalah matlamat mereka dan kalaulah benar apa yang diramal ini berlaku bermakna kepimpinan Pas Terengganu bukan sahaja layak duduk berdamping dengan Umno dan Pak Lah pada waktu ini, bahkan mereka layak tidur sebantal dengan Umno dan BN sewaktu ‘Amanat Haji Hadi’ mula dikeluarkan 20 tahun dahulu!

Hasil dari usaha muzakarah ini dan juga teladan kepimpinan di Terengganu dulu bukan sahaja meruntuh kepercayaan sebahagian dari kami malah turut merendahkan darjat institusi ulama’ yang dijunjung tinggi. Mungkin kerisauan kami sebahagiannya reda kerana campur tangan TGNA yang menukarkan muzakarah kepada muqabalah dan menyatakan perjanjian persepakatan tidak akan berlaku sama sekali. Hakikatnya apapun panggilan untuk pertemuan itu ia hanyalah sebuah istilah, pastinya pertemuan ini hanya bersifat permukaan luaran yang tidak membawa apa-apa makna dalam menyelesaikan pertikaian setengah abad. Namun, pertemuan ini telah memeterai satu persafahaman yang memanfaatkan para opurtunis Pas sebagai kunci rasmi untuk mereka memulakan satu rundingan dibelakang tabir yang tidak dapat dilihat dan didengar tetapi dapat dihidu oleh rakyat, kerana sehebat manapun golongan opurtunis ini tidak bermakna mereka cukup bijak untuk menipu matahati rakyat.

Apa yang kurang dengan pakatan rakyat sehingga perlu wadah lain mencapai matlamat? Mengapa tidak ambil iktibar dari persepakatan Ansar dan Muhajirin. Mungkin orang bukan islam di dalam PR tidak menerima Islam sebagai anutan tetapi mereka tidak menolak atau memusuhi Islam seperti mana Abdullah bin Ubai memusuhi Islam. Sebenarnya mereka bersedia menerima kebaikan dan teladan kepimpinan Islam sebagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengambil pemerintahan Saiyidina Omar Abdul Aziz sebagai model ikutan. Malah mereka tidak memaksa kita menerima agama baru sebagaimana Abdullah memdesak kita menerima Islam hadhari seolah-olah Islam telah mati dan patut diberi nafas baru, serta didakwahkan dipentas nyanyian dan hiburan.

Tidak mudah bermuqabalah atau berbalah dengan Umno yang terlebih pandai dalam hal ehwal Islam. Kalau benar demi kepentingan melayu dan Islam tinggalkan dahulu mereka, turunkan Umno dan bapa hadhari dari tampuk kuasa baru dapat diselamatkan mereka. Berilah peluang kepada PR. Samada kerajaan PR atau PKR ia tetap menyuburkan keadilan. Kerajaan yang subur dengan keadilan adalah kerajaan peralihan, peralihan kepada Kerajaan Islam yang penuh dengan nilai keadilan dan kesaksamaan. Tidak salah sabar menunggu sebelum mengambil peranan.

Manakala bagi kami, sewaktu para opurtunis ini bermuqabalah secara peribadi, kami akan bermusahabah menyesali dan menginsafi bahawa kami pernah silap dan khilaf memutuskan persaudaraan sesama Islam sewaktu zaman keliru dahulu. Wallahuallam.
Read more!